Kuala Lumpur
2 Dis 2010
Kalau anda tidak pandai bermain badminton sekalipun, mungkin anda mengetahui mengenai pemain badminton hebat bertaraf dunia dari China , Lin Dan.
Dan kepada anda yg memang meminati sukan badminton, terutama mengenai Lin Dan, mungkin anda pernah mendengar mengenai jenama Li-Ning.
Raket badminton jenama Li-Ning merupakan raket yang direka khas oleh pembuatnya untuk Lin Dan.
Lin Dan pertama kali memperkenalkan menggunakan raket itu pada Sukan Olimpik Beijing pada 2008 termasuk menggunakannya pada Sukan Asia Guangzhou bulan lalu.
Bukan sahaja raket , barangan seperti T-shirt , seluar dan kasut sukan juga dikeluarkan dengan jenama Li-Ning.
Untuk membeli raket Li-Ning, harganya bukan murah – menjangkau kira-kira RM1,000 sebuah.
Bayangkan, anda telah membeli raket itu, baru 2 kali membuat smash maut, raket tu patah…
Semua barangan jenama Li-Ning di dalam foto ini adalah barangan tiruan.
Rampasan dilakukan semalam di 2 buah premis menjual peralatan sukan di Kepong dan Selayang setelah wakil syarikat pengeluar asalnya di China datang ke Malaysia apabila mengetahui terdapatnya barangan tiruan keluarannya itu.
Sudahla tiruan, harga yang dijual juga hampir menyamai harga barangan yang asli.
Barangan sukan jenama Li Ning dikeluar oleh syarikat dari China, manakala barangan tiruan ini juga datang dari China, malah yang tiruan ini kelihatan amat-amat sama dengan yang asli, kecuali beberapa perbezaan yang dapat dikesan oleh pengeluar asalnya.
Cita-cita untuk menjadi seperti Lin Dan akhirnya menjadi Ling Kup…

















LIn Tah !
lin tah
baru pg td ada member tag nak jual raket mcm ni kat FB…
Lin Kup … juara baru bedminten dunia …
sedap gak nama tuuu .. kuikuikui ..
Apa petua untuk menghalau lintah?
Perah air tembakau. Garam halus juga boleh digunakan… (hanya berkesan pada LINTAH yang asli, jika lintah darat bawak je gi Tabung Darah, suruh dia derma darah yg telah dihisapnya..)hehe
Lepas ni boleh jadi Li-nang air mata penjual dan pembeli yg tertipu..hehee
alhamdulillah, entry ni yg paling mengeletek hati utk tersenyum, takde lagi dah bau darah dan dengar tangisan.. tahniah yg menyerbu dan melaporkan.. katakan tidak pada tiruan.. tak kuasa I !!
JENAMA BARU..BAGUS JUGA..LIN KUP..KUIKUIKUI
Satu ketika dulu…jenama Li-Ning ni banyak dijual dalam Mudah.com
standard la China…pagi barang kita masuk kilang tengahari kena reject petang brg kita sebijik2 kena ciplak…
itu olicina punya….mana ada tipu punya…lu tatak percaya gua kasi angkat sama lu….tapi kalu itu balang ada tipu itu bukan olicina punya…itu ipoh mali kincing tatak bunyi punya….apa pasat itu olang malaysia suka sama itu balang cina punya….cintailah negara lu punya balangan buatan malaysia….lebih bagus maaa…..
bro hasmizal..smpi skang pun ade jual lg kt mudah..
Mana ada tipu … ini barang Original China Made maaaaaa
lawak la pembaca2 do Ondscene ni..happy je semua pagi Jumaat ni, ada dapat hadiah ke semalam?kekeke
Tahniah kepada Lin Dan, barangan Lin Dan dah sampai Malaysia….. horeyyyy…..
macam2 barang kene ciplak..hp..alat sukan..pandai2 la kalau nak beli yang original..cari informasi macam mana nak bezakan barang yang original@ciplak.
Begitulah betapa hebatnya bangsa Cina dan negara China ni…
Semangat waja dan berfikiran global…sampai sanggup meniru / melanggar undang2…asalkan dapat survival dan terus kaya!…Maruah tak penting!