Reality in Real Life

Macamana Selewengkan Diesel Sudsidi

IMG-20140218-00217
Jalan TIB 3/5
Taman Industri Bolton
Batu Caves, elangor
18 Feb 2014
3 petang

“Bang…saya ni dah lama baca blog ondscene. Banyak kes seleweng subsidi disiarkan. Tapi sampai sekarang masih tak faham macamana caranya sindiket selewengkan subsidi seperti gas dan diesel…”

Itu antara soalan yang saya pernah terima.

Baiklah murid-murid, hari ini saya akan ajar, macamana nak selewengkan minyak diesel.

Tapi ingat, saya ajar bukan suruh buat, tapi untuk memahaminya. Apa-apa jadi, tanggung sendiri.

Mula-mula kita kena ketahui harga diesel bersubsidi yang dijual di stesyen minyak untuk pengguna domestik dan harga diesel tidak bersubsidi yang dijual kepada pengguna industri.

Harganya RM2.00/liter manakala industri antara RM2.60 – RM2.70/liter

Siapakah pengguna industri ? Antaranya  ialah industri pembinaan, kilang-kilang untuk menjana mesin dan peralatan – dan mereka tidak boleh membelinya di stesyen minyak mengikut harga kepada pengguna domestik, sebaliknya membeli di depot-depot secara pukal.

Disitulah secara kasarnya yang menjadikan ianya sebagai idea paling berguna untuk sindiket memanipulasikannya.

Caranya ?

Beli di stesyen minyak pada harga RM2/liter, kemudian menjualnya kepada pihak industri – mungkin harga lebih murah kepada mereka – seperti RM2.40 atau RM2.50/liter

Perbezaan harga 20sen-30sen /liter sudah memberi perbezaan yang banyak kepada industri dari segi penjimatan kos jika membelinya dari pihak sindiket.

Contoh :

1 lori tangki kapasiti 20,000 liter -melalui depot : RM2.70 x 20,000 = RM 54,000

1 lori tangki kapasiti 20,000 liter – melalui sindiket:RM2.40 x 20,000 =RM48,000

Industri dapat jimat RM6,000 setiap 20,000 liter

Manakala sindiket akan untung RM8,000 setiap lori tangki  (.40sen/liter).

Bayangkan , ada sindiket berjaya paling tidak, sehari 1 muatan lori tangki habis.

RM8,000 x 30 hari : RM240,000 sebulan

Maka, anda cari dulu pelanggan kepada mana-mana industri yang setuju untuk membeli minyak dari anda, kemudian setkan kenderaan untuk membeli diesel subsidi di stesyen minyak.

Sindiket biasanya akan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda yang menggunakan diesel atau van/lori yang diubahsuai ruangan tangki, kemudian mereka akan membeli semaksimum yang boleh diesel di stesyen minyak.

(Sebab itu sekarang stesyen minyak menghadkan pembelian minyak diesel bagi setiap kenderaan sebagai salah 1 langkah membendung kegiatan ini.)

Dalam kes ini, setelah pembelian dilakukan, minyak akan dipindah ke dalam tangki statik di dalam premis ini, dan apabila telah penuh, sebuah lori tangki akan masuk ke dalam premis ini.

Tutup pintu, tutup penghadang depan kedai, kemudian anda isilah diesel itu tanpa sebarang gangguan – setelah penuh, lori tangki akan keluar dan menuju ke destinasi pelanggannya.

Risikan selama sebulan, akhirnya sepasukan anggota penguatkuatkuasa KPDNKK Gombak berjaya melakukan serbuan di premis ini ketika kerja-kerja pemindahan sedang dilakukan.

4 lelaki termasuk pemandu lori ditahan, lebih 18,000 liter diesel, sebuah lori tangki dan 2 tangki statik disita.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961

Untuk maklumat lanjut mengenai barangan dan harga subsidi, sila rujuk agensi berkaitan. Saya hanya mengajar bagaimana hendak menipu, tetapi bukan suruh melakukannya.

6 Comments

  1. JJbeh's Gravatar JJbeh
    24/02/2014    

    Rasanya dulu kita ada tag mikro yang dicampur dalam diesel untuk mengesahkan diesel subsidi atau tidak. apa dah jadi ya?

  2. 19/02/2014    

    Seleweng disel ni patut diberi hukuman berat, sebab mengkhianati negara.

  3. zailan's Gravatar zailan
    19/02/2014    

    bayangkan jika bas tersebut terlibat dengan kemalangan. dah la bawa macam pelesit.

    harap dapat buat sesuatu.

  4. zailan's Gravatar zailan
    19/02/2014    

    bas expres yg membawa penumpang ke thailand juga terlibat dalam penyeludupan minyak petrol. salah 1 nya bas espres ALISAN 2 tingkat yg dipandu lelaki india . mereka akan mengisi penuh tong tong minyak didalam perut bas apa bila berhenti di pam minyak petron keluar dari h.way plus ipoh.
    sepanjang perjalanan kami penumpang akan menyedut econ yg berbau petrol.

  5. 19/02/2014    

    Assalamualaikum,
    terima kasih dengan penerangan ni…dapat ilmu baru.
    Harapnya kegiatan begini dapat dibenteras dengan lebih meluas.

  6. Najib's Gravatar Najib
    19/02/2014    

    As Salam,
    mmg banyak usaha yg dijalankan untuk membendung kegiatan ini. tapi masalahnya penguatkuasaan yang lemah. wife org kelantan, setiap kali isi minyak di rantau panjang mesti akan terserempak dengan mereka yang isi petrol untuk diseludup, walaupun ada RELA yang jaga tapi mereka tu semua hanya tunggul kayu. wira aeroback bole isi petrol sebanyak rm200. bayangkan kalau kalau sebulan mereka buat mcm ni. berapa banyak duit malaysia hilang mcm tu shj.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting