Reality in Real Life

Mengenali Alat Timbang & Sukat

Nota: Istilah yang digunakan di dalam artikel ini mungkin tidak tepat

Artikel  ini saya akan membawa anda menjelajah untuk mengenali beberapa jenis alat timbang dan sukat yang mungkin ada antaranya kita tidak mengetahui mengenainya.

Ada juga alat yang dipaparkan ini, bukan untuk kegunaan orang awam, tetapi lebih kepada alat yang digunakan oleh agensi penguatkuasaan.

1. Penimbang berat badan antik

Penimbang ini boleh dikategorikan sebagai antik, dan mungkin (mungkin) merupakan satu-satunya yang masih ada di Malaysia.

Alat ini sebenarnya disita dalam satu operasi penguatkuasaan lebih 10 tahun lalu di salah sebuah pusat beli-belah kerana ketidaktepatan di dalam bacaannya dan dikategorikan sebagai mengelirukan pengguna.

Ia adalah alat timbang berat badan sepertimana yang biasa kita lihat di tempat-tempat awam yang mengenakan bayaran seperti di pusat membeli-belah.

Dari segi rekabentuk dan pembuatannya, alat ini dipercayai berusia lebih 30 tahun.

Satu ketika dulu, alat ini pernah dimasukkan dalam jualan lelong oleh pihak KPDNKK, namun tiada siapa yang berminat untuk membidanya.

Akhirnya ia tersimpan sebagai barangan antik.

2. Tolok Penyukat Cecair Silinder

Pernahkah anda terfikir, ketika mengisi minyak kenderaan di stesyen minyak, pam yang digunakan itu menyalurkan minyak dengan betul, tepat dan sepertimana yang tertera pada pam?

Adakah anda mengisi 10 liter ke tangki minyak kereta , anda benar-benar mendapat 10 liter?

Ada antara kita selalu bercerita, jika pam di stesyen minyak A atau B, akan dapat kandungan yang berbeza kerana mungkin yang keluar bersama minyak, adalah angin!!! menyebabkan anda tidak mendapat sepertimana yang anda beli.

Alat ini digunakan ketika  operasi penguatkuasaan dan juga pemeriksaan rutin di setiap stesyen minyak – untuk menentukan samada setiap pam minyak itu mengeluarkan jumlah yang betul atau berlaku sesuatu kerosakan atau mungkin perlu di’calibrate’ semula.

Minyak akan diisi ke dalam bekas ini sepertimana anda mengisi ke dalam tangki minyak, dan apabila paras 20 liter dicapai, ia mesti bersamaan dengan bacaan 20 liter di pam – perbezaan bacaan walaupun sedikit akan menyebabkan tindakan dan pemeriksaan akan dilakukan samada pam mengalami kerosakan ataupun diubah suai tanpa kebenaran.

3. Penyukat Ukuran Panjang (Maaf, saya tak tahu nama sebenar!)

Yang ini mungkin jarang dari kita melihatnya.

Jika anda perasan, terutama wanita, apabila hendak membeli kain , anda biasanya nyatakan di dalam meter atau ela.

Jika anda ingin membeli kain sepanjang 3 meter, maka akan diukur dengan satu pembaris yang biasanya sepanjang satu meter, dan dibuat 3 kali, menjadikan ianya sepanjang 3 meter.

Tahukah anda, pembaris kayu itu sebenarnya mesti mendapat kelulusan dan bukan boleh sewenang-wenangnya digunakan.

Penguatkuasa akan melakukan pemeriksaan rambang di kedai-kedai kain terutamanya, samada pembaris yang digunakan pekedai adalah mengikut standard yang ditetapkan, ataupun mungkin telah ‘terpendek’ beberapa sentimeter.

Jadi, kayu di dalam kotak itulah yang akan digunakan sebagai ‘standard’ ukuran yang sah dalam sesuatu pemeriksaan.

Akan bersambung lagi…

5 Comments

  1. 28/08/2012    

    salam.. da tak buka ke untuk lelongan? cantik timbang2 antik ni…

    http://megajayascale.blogspot.com/

  2. xray's Gravatar xray
    22/01/2011    

    oooo…. alat-alat untuk check piawaian biasanya memang mahal. semua barang2 untuk ukur piawai biasanya dibuat dengan bahan tahan karat. jarang keluar barang2 cam ni, pasal orang biasa tak guna. yang no 3 tu tak silap saya, pembaris SI 1 meter. ada siap dengan kanta kecik untuk check tiap2 1mm.

  3. rehan's Gravatar rehan
    21/01/2011    

    tetiba rasa mcm sgt menarik lak entri kali ni

  4. 21/01/2011    

    Salam..

    Terima kasih atas info yang amat berguna sekali..

  5. 21/01/2011    

    bab bab timbang ni alergik lah…haha
    kalau boleh tak nak pandang…kalau kat shoping komplek, nak lalu jauh²

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting