Menu Ramadan + Wine -Terimakasih Tuhan, Ianya Jumaat
Subang Parade
Subang
25 Ogos, 2010
Sudah berapa ramai umat Islam yang menelan makanan di sini.
Sudah berapa ramai umat Islam ‘berbuka puasa’ di sini dengan Menu Ramadan yang dihidangkan.
Dan bagi mereka yang pernah makan di sini samada di bulan Ramadan atau hari-hari lain, sudah terang-terang berlaku penipuan dalam gambaran halal yang diberikan.
Kerana restorn makanan barat ini, memang telah diketahui menghidangkan arak di dalam menunya, malah arak boleh dilihat dengan jelas di dalam premis ini.
Mana mungkin dikeluarkan sijil halal oleh pihak berkuasa kepada premis sebegini.
Malangnya, demi menjaga standard,imej ataupun maukan kelainan, umat Islam sanggup memejamkan mata, memekakkan telinga – bedal apa sahaja yang terhidang.
Serbuan dilakukan oleh Unit Aduan Halal Jakim bersama KPDNKK berikutan aduan awam yang mendakwa terdapat keraguan dalam hidangan “Buffet Ramadan” di situ.
Menu makanan bercampur arak Jack Daniels – ada logo halal lagi…
Hasil pemeriksaan didapati bahawa restoran tersebut ada menawarkan menu utk berbuka puasa walhal restoran tersebut statusnya adalah tidak halal.
Lebih mengejutkan lagi terdapat pada menu utama Logo halal JAKIM dan ditampal logo tersebut pada semua hidangan yang tidak halal.
Menurut maklumat wakil syarikat, restoran tersebut telah beroperasi sejak 15 tahun lalu dan memang menyediakan makanan yang tidak halal yang mengandungi alkohol atau dimasak dengan arak.
Penolong Pengarah Cawangan Halal KPDNKK, Ismail Hamzah berkata, Syarikat tersebut telah menggunakan perbahasaan halal dan menggunakan logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah.
Penggunaan terma “Buffet Ramadan’ atau “Menu berbuka puasa” boleh mengelirukan pengunjung yang beragama Islam dan ada yang telah menjamu selera dengan memakan makanan yang tidak halal.
Menurutnya, dalam pemeriksaan rapi yang dibuat mendapati makanan yang disediakan seperti daging dan ayam di rendam dan dicampur dengan arak dan di peram.
Antara bahan utama untuk pemeraman – red wine
Pemeriksaan lanjut di bahagian dapur restoran menemui beberapa botol wain masakan yang digunakan oleh chef sebagai bahan dalam masakan.
Chef bukan beragama Islam berkenaan mengaku mencampurkan wain terbabit ketika memasak juadah yang turut disajikan di dalam hidang bufet Ramadan dan turut mengaku memasukkan kicap mengandungi alkohol di dalam kebanyakan masakannya yang dianggap sebagai perisa tambahan bagi menyedapkan masakan.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati berlaku penyalahgunaan logo halal Jakim apabila logo terbabit sengaja dicetak pada lampiran menu yang diedarkan kepada pelanggan,dan mendapati semua helaian katalog ,menu yang ditawarkan restoran terbabit sengaja diletakkan logo halal Jakim palsu.
Antara bahan mentah tidak halal dan mengandungi alkohol
Jelas, pemilik restoran tidak pernah memohon sijil halal dan pihak Jakim pastinya tidak akan membenarkan logo terbabit diguna pakai berikutan restoran berkenaan turut menawarkan arak kepada pelanggan.
Restoran benar-benar cuba memanipulasikan logo halal Jakim selain mengeksploitasi bufet Ramadan resipi `arak’ bagi mengaut keuntungan lebih.
Susulan penemuan mengejutkan itu, semua katalog yang mempunyai logo halal Jakim palsu berkenaan selain risalah iklan berkaitan bufet Ramadan ditawarkan dirampas.
Pengurusan restoran diberikan notis berdasarkan kesalahan dilakukan kerana memalsukan logo halal Jakim,
Pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa hukuman denda RM250,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sebagai peringatan:
Tiga perkara utama Yahudi hendak merosakkan umat Islam iaitu dengan cara halus, menggunakan Formula 3F
1 - Serangan melalui Fashion (fesyen)
2 -Serangan melalui Fun (hiburan)
3 - Serangan melalui Food (makanan).
Semua telah berjaya mereka kuasai.
Sedarlah wahai ummah!!!
Post Lain Yang Berkaitan
43 Comments
You must be logged in to post a comment.






tertipu
hok laguni gak,kasi gantung lesen kedai dia selaluh.jangan duk buwi nego lagi.nyusoh kat org ramai jah ni…nauzubillahimindzalik….
salam, bro sham, website baru ni takde link ke facebook, tweeter etc ke? kalau dapat share terus ke wallpost facebook kan senang, bagus untuk dikongsi dengan beratus2 lg kawan saya kat facebook tu! hehe…
btw, t.g.i.f ni tempat glamer muda mudi mcm saya ni, ramai yg tak kisah lepak kat tempat mcm ni janji happening & nampak classy.
salam bang…
thanks for sharing.
masalahnya, berita ni bila keluar dekat paper, akan dicatit sebuah restoran makanan barat yang terkenal… itu saja. laaagi lah mengelirukan. sama gak kes hotel2 yang tidak ada sijil halal and buat buffet tu….
ada akta takleh publish nama depa ka ???
Astaghfirullah…
kadang2 prasangka buruk tu bagus jgk…
tgk je restoren “pelik + suram” cmni,trus terpikir “halal ke..?”
Ishh2..camno leh ada logo halal plak tueee.
kalau dalam surat kabar mesti dia macam nak taknak je bagitau…apesal ye..
Acik Papa recently posted..TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM- KEDAH
TGIF
Mmg dah agak tak halal tapi pernah wonder kenapa diorang berani letak logo halal? Company famous pulak tu.. saper tak tahu TGIF. Pernah ingat nk makan kat TGIF tapi tgk menu ada campur JD whisky terus tak jadi. Tapi wallahualam, agaknya berapa ramai umat Islam yg dah terkena tipu dgn ‘bufet ramadhan’ tu. Tapi kalau setakat ada bar tu, tak kisah sangat, kalau makanan tu takde yg haram.
Risau kalau nak makan tempat-tempat mcam ni.. timbul keraguan..
mrnamie recently posted..Logitech Mouse M100 mula berkhidmat
Salam.
Info yang bagus. Terima kasih.
Kalau mereka tidak guna wine, daging yang dimasak tu tidak akan jadi lembut. Perlu wain untuk melembutkan dan menjadi perasa kepada daging tu. Saya pernah tengok ramai orang melayu makan di kedai ni di Sunway pyramid.
Harap-harap KPDNKK akan kerap mengadakan operasi sebegini dan di uar-uarkan kepada orang ramai.
zezebel recently posted..Happy 53rd Merdeka Malaysia
orang kita nie.. klu setakat arak wine masuk dalam makanan ada gak yg hatinya hitam wat2 tak pedulik atau wat2 bodoh ajer… klu ada kaki katak dlm makannan barulah depa nie terkejut beruk…
Setakat hari ini belum pernah menjejak tempat tersebut. Itu tempat orang ‘bayar lifestyle’ untuk nampak urban ( saya dah berUBAN )
Kujie recently posted..Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik
uih rame je member2 aku makan friday ni.. konon high class la tu…
Nama pun arak,haram tetap haram…jangan jadikan ianya halal…
kalau subway lak camne eh..? =.=
Salam,
Kenapa tak diberi kuasa kepada JAKIM untuk menutup premis berkenaan selama seminggu jika bukti kesalahan telah ditemui?Dan seterus nya dihadapkan ke mahkamah kerana menghina umat Islam.
Setakat denda sahaja ia lebih menghinakan umat Islam rasanya.
isk2..bahaya betul kalau siapa yang tak tahu..kalau buat2 tak tahu tu, terima la balasannya…
nabilpotter recently posted..TV1- TV2 and TV3 Online For Free
[...] :http://ondscene.my/ Posted in Artikel You can leave a response, or trackback from your own [...]
[...] setiap kali serbuan contohnya baru-baru ni serbuan di TGI Friday’s seperti laporan oleh ONDSCENE, pemberita di media massa masih menggunakan ayat-ayat klise seperti “sebuah premis di [...]
salam semuaaa….emmm semua org tau yg TGI nie tak pernah ada sijil HALAL dari JAKIM…so paham2 saja arrr kalau ader org Islam yg makan kat situ..dia org jer yg mengHALALKAN…masakan kat ada situ…Sapa2 yg makan kat situ (kalau Islam arrr) mesti rasa suspicious…dgn ada bar,minuman alkohol bersepah2….aku sekarang nie pon kalau ader logo HALAL sekali pon..kalau aku was2…memang arrr aku tak makan…masa zaman jahilliah aku dulu…(masa aku belajo kat over the sea)…membujur lalu,melintang patah aku ckp koo…tapi sekarang aku dh insaf…aku dh buang semua tu…ingat arrr umat Islam semua…kita sekarang nie banyak sangat dugaan yg dtg…waspada arrr semua..
JAKIM tolong la bertegas dalam hal ini
Saya memang duduk kat Subang Jaya nih, memang penuh dengan saudara islam yang pegi makan kat sini. Baguslah JAKIM. Serbu lagi tempat lain. Tapi tindakan mestilah tegas. Kalau setakat rm250k, hueehhhhh, anytime jea depa ni boleh bayar. rm250k tu pun bukan terus, sehingga rm250k, ntah ntah kena denda rm10k jea, hueeeeh, lagi laaaaa. Pls JAKIM, pls.
rm 250 ribu dan penjara 3 tahun maksimun masih terlalu ringan..undang-undang patut digubal agar pesalah begini dihukum lebih berat agar mereka gerun dari melakukan kesalahan..Islam dipermainkan..sedihnya..terima kasih sesangat kepada sesiapa yang melaporkan semoga Allah merahmati anda..Dan pada saudara Ondscene..terima kasih kerana info..
Salam semua. Kenapa negara kita masih tidak boleh menjalankan penguatkuasaan. Pelik ya. Kat luar sana ada berjuta rakyat kita yg memerlukan pekerjaan. tapi bila mintak kerja semuanya takde kekosongan. bukan setakat kedai friday ni je yg buat cemtu malahan boleh dikatakan pada semua restoran termasuklah kedai mamak yg kita selalu pekena roti canai tu pun belum tentu lagi islam dan halal dan bersih untuk semua masakanya. so untuk kes-kes yg macam ini… entahlah… agaknya sampai kiamat pun tak settle lagi masalah ni… PELIK TAPI BENAR!!!
omg. it’s tgi fridays. lovely food! i just love their steaks!
over la korang nie.. macam terorrist pun ada
halal haram takde kaitan dgn terrorist. kalau kamu nak m akan, sila lah, xyah bangga2
Terrorist?
tak reti ke nak beza halal haram?
even ko tak minum pun…tapi ko tau ke depa guna balik gelas tuh nak isi air yg korang minum?
masakan?jangan citer lah!nak lembutkan steak tuh sbb tuh depa guna arak…kot ye pun MODEN sgt..halal haram jgn dibuat main oiiii…
JADIK DARAH DAGING kat keturunan kita tuh…
pejadah terorrist plak ni ttbe…nmpk sgt pemikiran urban tahap bangang..
tak semua pegi sana minum arak la dol.. tolol
Ek..ko ni baca ngan dgn telinga kot. Tak nampak ke statement arak dicampur dalam masakan dan arak digunakan sbg bhn pemeraman. Tu kira consume arak la dlm tekak ko. Kot yea pun modern aka urban konon man-man laa…
sengal tol.. samada kurang didikan agama atau pon mmg zero. Kesian dgn orang mcm neh semoga sempat la betaubat sebelom mati
tempat macam tu memang meragukan. pilih nak yang halal ke nak yang sedap.
Salam, sedikit info dan pembetulan.
Najis ada 3 jenis.
1. muhafafah
2. Mutawasitah
3. Mughalazah
muhafafah dan mutawasitah basuk dengan air bersih hingga hilang rasa, bau, dan warna atau sifat2 najis. contoh : najis binatang, air kencing, air liur etc
najis mughalazah ada dua. air liur anjing dan khinzir. kalau sentuh, wajib dibasuh sekali air tanah dan 6 air yg suci lagi menyucikan.
Arak adalah makanan yang haram tetapi bukan najis. jadi cawan yg digunakan ntuk minum arak sekiranya dibasuh bersih hingga tiada lg sifat arak, boleh digunakan untuk minum air biasa.
Nie la contoh manusia stok bebal, tak pernah belajar food prep ker? Kan entry tu cakap dia prep daging tu dgn wine, tak paham ke? Ko banyak sangat makan steak + wild mushroom butter kat TGI tu kot?
kalau betul, kenapa tak masuk paper? tgif is a big food company. weird lak tak masuk paper. and camane nak provekan ni article betul?
Dalam portal halal JAKIM ada dikeluarkan artikel bersangkutan serbuan ini.. tapi tak dinyatakan dengan jelas tentang restoran tersebut.. Antara pihak yg terlibat dalam serbuan adalah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya.
Sila rujuk -
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=NEW-20100901120003&type=NEW
Rasanya depa tak kuar kenyataan rasmi mungkin ada sebab2 tertentu kot..maybe sbb notis je baru keluar, tindakan makhamah belum diambil..
tahniah pada ondscene, at least orang ramai dapat juga maklumat restoran apa yg dimaksudkan, every muslim has the right to know..walaupun bagi saya actually tengok restoren pun kita leh nilai nak masuk ke tak nak, tp kebanyakan org sekrg lebih suke tutup sebelah mata aje..hehe
saya rasa disini kite patut find out perkara sebenarnye before nak ckp over2 tentang benda ni. of course if it’s true about the perap dengan wine untuk buffet ramadan then memang la tak patut ada tanda halal.
but kite pun patut tau yg:
1. restoran di malaysia dibernakan menggunakan dan diluluskan dengan logo halal walaupun ada bar because kitchen and bar dikira lain. tapi bermaksud yg kitchen tu memang takkan ada sebarang arak. so also means that kita tak patut ckp yg kalau tempat tu ada bar terus tak halal.
2. kalau yg perap dengan wine ni hanya untuk buffet ramadan dan bukan menu dia, then betul la kalau ada tanda halal because dlm menu i rasa takda makanan yg ada arak.
3. Jack Danials is a BRAND name. jgn ingat company ni buat whisky sahaja, mereka juga ada buat byk sauce/mustard/bottled goods yg tak mengandungi arak. so dlm menu tak tertulis Jack Danial’s WHISKEY.
memang saya tak nafi kalau betul lah mereka telah melanggar peraturan then tak patut la letak tanda halal, but we have to make sure before nak comment over2.
kalau nak ikutkan i rasa chillis sama je concept ngan TGI, and tau tak owner dia siape? melayu jugak kan?haaaaa…so cam ne?
i tau memang ramai takkan terima apa saya nak ckp lepas ni but seriously kalau arak tu dah di masak, seriously kandungan arak tu dah hilang…kalau terkena panas pun memang cepat dia evaporate, if you nak amik sample and test kandungan arak dlm makanan tu sure 0%.
kadang2 kite tak patut bergossip/mengata ikut suke, padahal kite yg kurang berpengetahuan tentang perkara sebenar.
sekian terima kasih.
ni la salah sorang yang dah terpesong..hanya perpandukan akal dia yg logik dia tu jer…hamper…org mcm ni anggap Arak tak haram selagi tak memabukkan” otak dia berjambul…mana2 premis yang menjual arak tidak akan dapat sijil halal JAKIM….
Saudara/i seislamku..
Dalam Quran ayat yg mengharamkan arak itu sudah jelas dinyatakan.. Para sahabat Rasulullah SAW bila dikhabarkan berkenaan turunnya ayat mengharankan arak secara total, mereka bergegas membuang bukan sahaja bertong2 arak yg telah disimpan, bahkan dicampakkan sekali perkakasan dapur yg pernah digunakan lantaran diri terasa gerun dengan amaran Allah dan dek kerna mempertahankan iman dalam dada mereka.
Sedih rasanya bila mengetahui terapat ummat Islam yg bergitu berbeza pandangan dengan ada yg masih mencari 1001 alasan sekadar berpandukan logik akal semata-mata untuk membenarkan perbuatan dan kehendak hati.
Allah melarang arak sehingga tahap setitik pun tidak dibenarkan hinggap ke lidah mereka yg masih waras dan mengaku beriman.. tiada pula disyaratkan minum arak sehingga mabuk barulah haram atau didihkan hingga tidak lagi memabukkan maka berubah hukumnya menjadi halal.. fikir2kan..
Dan lagi, cuba kita bayangkan Rasulullah SAW berada bersama kita pada hari ini, agak2 apakah tindakan baginda Nabi bila melihat ramai ummatnya yg menjejakkan kaki ke restoran yg mempunyai bar dan arak di dalamnya untuk makan dan minum dengan beralasan bahawa ‘kami tidak order pun arak di sana’..adakah masih berani anda mengaku didepan baginda bahawa anda ini masih ummatnya sedangkan mengikut sunnahnya yg kecil supaya menjauhi benda yg syubhah (sah-sah la dah makanan pun dijual kat tempat yg ada bar)pun tak dapat anda lakukan? betullah apa yg disebut bahawa di akhir zaman ini ummat Islam adalah ramai, tapi ramai yg umpama buih-buih di lautan.. sekelumit iman pun susah nak dipertahankan..
SETUJU DENGAN INSAN…EN SAPE YANG NYATAKAN KAT ATAS NI?EN…SAYA…OH EN.SAYA..JAUHKAN LAH APE YANG ADE KAITAN DENGAN ARAK…SENANG…HABIS CITE…TAKDE LA LAGI NAK PERTIKAIKAN DENGAN PERBUATAN DAN KEHENDAK HATI..
akhir zaman mmg ramai generasi mcm neh, cuba menghalalkan yg haram yg mereka suka ikot otak dia je. Jakim ada Majlis ulama ada pergi semak la. Ilmu sejengkal simpan je la
kalau benda yang sebelumnya dipanggil arak lepas tu ditukar kepada sesuatu yang halal pun tak boleh makan ke?
kalau alkohol dikira sebagai arak, then cuka yang kita guna untuk masak yang dibuat dari oxidized ethanol (ethyl alcohol) tu pun sebenarnya tak halal, pasal asal2nya alkohol.
Tak tahu agama tapi malas belajar dengan ustaz pulak, itu pasal cakap berbelit-belit macam ular. Arak mana boleh jadi halal. Jangan samakan arak dengan alkohol yang diguna untuk perubatan atau minyak wangi. Cuka yang kita makan memang asal daripada bahan arak spt. anggur, tetapi bukannya niat sebenarnya arak tetapi dibuat semata-mata untuk dibuat cuka dalam masakan, bukannya sama spt. arak untuk diminum ( teguk ) begitu sahaja. Cuba kita teguk cuka boleh tak? Tetapi arak untuk diminum terus bertujuan untuk keseronokan(mabok) yang diharamkan dalam Islam.
mubaligh kristian kot