Taman Orkid
Kajang, Selangor
23 Mei 2012
1 petang
Sekarang musim rampasan pakaian tiruan, yang sudah pasti membawa keuntungan lumayan kepada pengedar dan penjual sebelum ini.
Dengan menggunakan jenama yang sudah sedia terkenal, pakaian sukan dan jersi tiruan ini mudah dijual kerana harganya yang lebih murah dari yang asli.
Walaupun warna dan rekabentuknya hampir sama, tetapi kualitinya adalah rendah.
Selepas rampasan terbesar 19 Mei lalu bernilai kira-kira RM7 juta pelbagai jersi dan pakaian tiruan jenama terkenal lain, beberapa lagi rampasan dilakukan selepas itu.
Kali ini sebuah gudang menyimpan pakaian sukan berjenama Nike dan Adidas tiruan diserbu Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kajang.
Kira-kira 12,000 helai baju dan seluar daripada dua jenama tersebut ditemui dengan serbuan serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa, Shazril Reza Nor Azmi bersama 9anggota.
Ketika serbuan di lot rumah kedai dua ini, ia ditinggalkan tanpa penjaga dan terpaksa mendapatkan waran untuk memecah pintu masuk.
Rampasan dianggarkan bernilai RM180,000 mengikut harga borong.
Wakil kedua-dua jenama tersebut turut hadir dan mengesahkan pakaian tersebut adalah tiruan berikutan bahan yang digunakan pada pakaian itu serta beberapa tanda lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu Larangan Perihal Dagangan Palsu berhubung dengan
cap dagangan.
Pic – Utusan/China Press














Assalamualaikum,
Kajang?
Kerap juga nama Kajang naik kat sini…
Masih menjadi persoalan jersi-jersi tu penguatkuasa lupuskan atau hantar balik, nanti kalau ada operasi lagi tuan blog try tanya tengok diorang buat apa dengan jersi-jersi tu.hehe