Reality in Real Life

Pemandu Lori Tangki dan Sindiket Penyelewengan LPG

Jalan BRP 9/1
Bukit Rahman Putra, Sg Buloh
Selangor
1 Mac, 2012
3 petang
 

Keuntungan dalam melakukan aktiviti ini amat lumayan, terutama kepada pemandu lori tangki.

Kaedah dilakukan oleh sindiket biasanya akan memindahkan sebahagian kandungan gas petroleum cecair LPG dari silinder domestik ke silinder industri 50 kg.

Bagaimanapun kali ini, LPG dipindahkan terus dari lori tangki .

Sepandai-pandai tupai melompat ,akhirnya jatuh ke tanah jua dan ibarat harapkan pagar, pagar makan padi.

Difahamkan, pemandu pada mulanya akan menghantar muatan LPGnya ke stesyen minyak yang telah ditetapkan,

Muatan 15ooo kilogram tidak akan dihabiskan (bermakna stesyen minyak tidak akan menerima bekalan dengan betul/berkurangan), sebaliknya beberapa ribu kilogram lagi masih berbaki di dalam lori tangki.

Dengan baki beberapa ribu kilogram itu, lori tangki kemudian akan dipandu ke lokasi sindiket yang telah sedia menunggu.

Dan di sini, urusan jual-beli LPG tersebut dilakukan antara sindiket dan pemandu lori dan ianya hanya mengambil masa tidak sampai 30 minit.

Sebagai anggaran kasar, untuk 1000 kilogram LPG, ia hanya mengambil masa 15 minit untuk dipindahkan ke 20 silinder industri secara serentak.

Setelah intipan selama 3 hari, penguatkuasa KPDNKK Hulu Selangor akhirnya berjaya menyusup masuk ke premis yang agak tersorok ini yang berpagar dan berdinding dan jauh ke dalam.

Tiada siapa mengetahui apa ada di dalamnya jika dilihat secara luaran.

Aktiviti pemindahan LPG sedang dilakukan dan ia menjadi bukti yang mencukupi untuk menahan mereka.

Pemandu lori tangki, sepasang suami isteri yang juga dipercayai anggota sindiket dan 2 pekerja akhirnya berjaya ditahan.

Lebih 300 silinder gas pelbagai saiz (yang telah diisi dan kosong) serta sebuah lori tangki disita.

Kepada syarikat petroleum ,  sepatutnya wajib mensyaratkan kontraktor yang membawa barangan sebegini, tidak boleh membiarkan pemandu membawa lori tangki bersendirian.

Stesyen minyak juga wajib memeriksa samada mereka menerima kuantiti yang betul.

Nota – Di dalam kes ini, lori tangki dan pemandu adalah dari sebuah syarikat yang mendapat kontrak menghantar gas LPG

 

 
 

5 Comments

  1. Rumah's Gravatar Rumah
    03/03/2012    

    mcm2 diorg nie….ada jer perkara sumbang diorg nk buat….

  2. 02/03/2012    

    wa post sebelum ni sindeket transfer gas dari tong gas ke tong gas tp kali ni direct dari lori minyak tu.. mcm2

  3. 02/03/2012    

    Assalamualaikum,
    Bila tak ambil kira tentang BERKAT dalam rezeki, apa-apa kemungkinan boleh berlaku.

  4. 02/03/2012    

    sekarang zaman canggih..elok saja kenderaan komersil lori, bas dsb dipasang GPS yang boleh dipantau dari ibupejabat syarikat masing-masing..semua pergerakan boleh dipantau seperti lokasi kenderaan, kelajuan kenderaan dll..kalau rasa curiga dengan pergerakan mereka matikan enjin kenderaan dari jauh…nak lagi canggih semua staf dan warga kerja turut dipasang cip GPS supaya senang nak pantau pergerakan mereka..amacam…?

  5. 02/03/2012    

    Nampaknya ketirisan berlaku di mana2 sahaja.

  1. Angkara Pemikat Burung – Sindiket Seleweng LPG Tumpas | ondscene on 25/05/2012 at 10:53

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting