Ramai Umat Islam Makan Bangkai Termasuk Sate Bangkai
Kepong
Kuala Lmpur
23 Jul 2010
BANGKAI ?
Ye, bangkai binatang terutama bangkai ayam.
Perhatikan logo halal di atas.
Ia bukan logo halal yang dikeluar atau diiktiraf Jakim/Jain.
Semuanya bermula tiga malam lalu (awal pagi).
Semuanya OK, dan tiada kesalahan dari segi syarak dilakukan pada sembelihan ayam.
Dalam perjalanan pulang, pasukan yang sama melakukan rondaan sekitar Jinjang, K Lumpur.
Mereka terserempak dengan sebuah pusat sembelihan ayam sedang beroperasi.
Apa jua cara sembelihan yang dilakukan mereka, tidak menjadi kesalahan kerana pusat itu bukan pusat sembelihan yang memiliki sijil Jakim – secara senangnya, ia sembelihan untuk pengguna bukan Islam.
Namun, pemeriksaan tetap dilakukan.
Segala invois diperiksa – dan mereka menemui sesuatu yang mengejutkan…
Ayam-ayam yang dipotong di situ turut dibekalkan kepada sebuah restoran di Kepong.
Lebih mengejutkan, terdapat dua nama , Ani dan Din pada invois – yang dipercayai Melayu berugama Islam , mendapat bekalan dari pusat sembelihan ini.
“Ini ayam, mereka selalu order , ada yang order mau bikin sate…”
Mungkin anda sendiri pernah memakan sate atau rendang ayam atau goreng ayam bercili dimasak oleh Ani dan Din ini.
Sebagai bukti untuk siasatan lanjut, invois-invois terbabit diambil.
————————————————————–
Jam 11 pagi tadi, restoran yang dimaksudkan dalam catatan pada invois, diperiksa.
Operasi di ketuai Penolong Pengarah Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah.
Malangnya, tiada sebarang bukti pembelian dari pusat sembelihan ditemui di restoran ini, sebaliknya invois dari pusat sembelihan yang diiktiraf.
Dipercayai, pihak terbabit berkemungkinan telah menyembunyikan bukti atau menghilangkan bukti berkaitan pembelian dari pusat sembelihan tidak halal itu.
Dan, serentak itu juga, sepasukan pegawai turut pergi semula ke pusat sembelihan bagi memeriksa rekod mereka.
Mengejutkan – apabila salinan asal invois juga telah ghaib dari simpanan mereka…!!!
Untuk rekod – restoran ini turut mempunyai logo halal – tetapi bukan yang diiktiraf oleh kerajaan…
Ramai pelanggan berugama Islam makan di sini, dan mungkin juga anda.
Pemerikaan akan turut dilakukan di banyak lagi cawangan restoran ini.
Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan apa yang anda makan lebih-lebih lagi di restoran yang meletakkan logo yang bukan logo halal Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.
Sedangkan logo halal Jakim pun mereka palsukan dan letak sesuka hti, apalagi logo yang tidak diiktiraf…
Tetapi, bagaimana pula dengan ayam yang beli oleh Ani dan Din itu?
Apa yang kita makan, akan menjadi darah daging kita…
Post Lain Yang Berkaitan
20 Comments
You must be logged in to post a comment.















sebab tu berhati hati bila nk makan kat luar..
logo yang sama juga ada di food court kat alamanda putrajaya… harap tuan dapat memanjangkan isu di Alamanda kepada pihak berkuasa…
saya telah menghantar email kepada perbadanan purtajaya.. tp mereka kata bukan dibawah kuasa mereka..
nak kena mula balik cara hidup di oversea..
kena check semua dulu sebelum makan. makan di negara sendiri pun dah tak selamat..haishh..kenapalah semua orang ambil ringan isu halal ni yer..
Kalau betul logo tu tak recognized by Jakim, sila minta Jakim siasat website ni:
http://halalfoodcouncil.info/index.html
Terang2 die kate "got recognition form JAKIM"
bodo punya Melayu (owner restoran) …kat akhirat nanti, haaa jawaplah sendiri.
Pergh… naper la xsensitif sal isu halal nie. lau nk sgt untung xyah la smpi camnie skali.. Siap invois leh ghaib, pe lagi.. lu pikir la sdiri..
Ingatlah sedara hati kita akan gelap kalau x jaga makanan ni. Jadi darah daging kita…dan anak2 kita..Itu pasal bebudak sekarang macam2 halll.. Selain kedai makan yang was-was ni mula la jeguk kat dapur rumah kita..botol kicap/ sos yang digunakan. Kadang2 ayam/daging dah satu hal wajib halal.. ini kedai makan pun guna bahan masakan yg was-was…botol sos ikan tulis thailand baik punyee.. apa macam?
Bro,
Mintak JAKIM serbu Mid-Valley foodcourt tu! Sijil halal JAKIM tak pernah pakai pun. Yang jaga kedai semua indon aje. Yang tu terang lagi bersuluh dah. Tegakkan kebenaran demi keadilan!!
kawan kawan aku cakap aku ni rasis pasal tak makan kedai yang tuan punyanya bukan orang islam
aku buakn rasis
aku nak jaga daging aku
maaf.. tapi tak ada satu pun kedai francais yang aku makan dimalaysia ni. semuanya penuh dengan penipuan
pekerja pula syubahah.
@obe
bengong btoi mber² ko yg ckp ko rasis psl x mkn kt kdai bkn muslim…
patutla skrg ni ramai yg bab ibadah wat x berat je…mane xnye bende x halal dok jd darah daging….haish.
aku pn pelik gak dgn kawan2 yg suke makan kt restoran non-muslim.. alasan dia, kite kene yakin yg mknan kt situ halal.. rajin sgt beli kuih2 kt gerai cina.. alasan – kuih buat dari tepung – tepung halal… sedangkan yg muslim pn xleh caye, inikan pula non-muslim.. bukan nak bersangak buruk, tapi ape la salahnye berhati2?? bukan darurat pon..
tu sebab jangan dok heran kenapa budak zaman sekarang jadi tak tentu hala, solat diambik ringan, tengok sumber makanan yang masuk perut tu betul halal ke tidak. dengan rasuah sana sini. aish.
ustaz amri abdullah ni ceramah best gila.
>___<
makan di rumah selagi boleh
makan di rumah selagi boleh
Alangkah baiknya kalau ODS dedahkan terus kedai makan yang membuat durjana kat umat Islam semata-mata nakkan keuntungan pantas.. lepas ni memang kena beringat2 sendirilah nak pilih tempat makan. Kedai mamak yang gantung ayat suci Al-Quran pun tak semestinya milik orang Islam.. itu pun cara untuk kaburkan mata pelanggan Islam mereka. Ya Allah.. minta kami semua dijauhkan dari terambil benda2 yang haram. amin..
tgk logo kedai tuh, x silap aku ni mcm restoran Paparich. shit, aku penah makan nasi lemak lauk ayam rendang kt sana masa outstation. kena hati2 lepas ni pilih tempat makan.
Seolah-olah Malaysia ni bukan negara Islam pulak yer…
Miecyber recently posted..Akuku memiliki 100 isteri
salam, bolehkah mereka ini didakwa menghina Islam dan menipu, tak kiralah guna logo halal apa, kalau sudah tak halal tapi mengaku halal
Dalam hal ni, Ani & Din tulah yang akan menanggung segala kesalahan @ dosa menipu umat Islam.kita sebagai umat Islam dah teliti jika “terkena” juga mereka akan menerima pembalasan jika tak di dunia , di akhirat akan “merasa”……………
Minta kalau boleh JAKIM keluarkan logo Tidak Halal yang mesti dipasangkan pada kedai atau restoren yang tidak halal.