Bandar Sri Damansara
Petaling Jaya
Selangor
17 Mei, 2012
Demam EURO 2012 telah pun bermula, dan seperti biasa, jersi pasukan yang bertarung menjadi pilihan.
Ketika inilah, kesempatan diambil untuk meraih keuntungan yang bukan sedikit.
Dengan harga jualan antara RM15 – RM 40 sehelai, anda sudah boleh memiliki jersi tersebut, dari harga asal sehingga ratusan ringgit sehelai.
Tetapi, apa yang anda beli, adalah jersi tiruan – yang kelihatan hampir serupa atau amat serupa dengan jersi asal.
Dengan menggunakan jenama terkenal seperti Nike dan Adidas, ia mudah didapati terutama di pasar-pasar malam.
Dan akhirnya, setelah intipan dan risikan selama kira-kira 2 minggu, dua buah stor transit diserbu – terletak di Bandar Sri Damansara.
Bukan sedikit, malah ia mampu untuk edaran seluruh Lembah Klang dengan jumlah kira-kira 250 ribu helai, dirampas.
Bukan sahaja jersi, tetapi kemeja T dan pakaian sukan lain berjenama terkenal dirampas – yang kesemuanya adalah tiruan.
Bukan sahaja jersi EURO 2012, malah kemeja T Pesatuan Bolasepak Malaysia FAM dan jersi pasukan kebangsaan negara juga ditiru.
Nilai rampasan mengikut harga jualan dengan purata RM30 sehelai, mencecah lebih RM7 juta.
Barangan ini baru sahaja tiba dikedua-dua stor ini sehari sebelumnya, dan hasil kecekapan pegawai Penguatkuasa KPDNKK Shah ALam, serbuan dilakukan serentak.
Seorang wanita warga Kemboja yang menjaga stor ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang, ia merupakan rampasan terbesar sempama itu sepanjang tahun ini.
Dan jika mengikut Akta Perihal Dagangan pindaan 2011, denda bagi syarikat untuk kesalahan pertama ialah RM30,000 untuk setiap helai baju yang dirampas.
Dan jika mahkamah menjatuhkan denda maksimum untuk setiap helai, bermakna, apa yang perlu dibayar ialah:
250,000 helai x RM 30,000 = RM 7, 500,000,000
Jadi kepada peniaga pasar malam khususnya, anda boleh berdepan dengan hukuman itu jika anda didapati bersalah menjual pakaian jenama tiruan tersebut.
Kepada pengguna pula, jika anda tidak mampu untuk membeli yang ‘ori’, tak payahlah membazirkan wang untuk membelinya, apatah lagi membeli yang tiruan…
Yang kaya mereka, yang kayap kita…













kerana ada permintaan….
Macam mana nak sebut jumlah kena denda tu?
Lepas rampas tu diorang buat apa yea ngan jersi2 tu?
Diorang pakai sendiri atau musnahkan.
Assalamualaikum,
Fuhhhhhh! 7 juta tu…
banyaknyer angka klu kena denda tue…..perghhh….
7.5 billion…hambik
[...] rampasan terbesar 19 Mei lalu bernilai kira-kira RM7 juta pelbagai jersi dan pakaian tiruan jenama terkenal lain, beberapa lagi rampasan dilakukan selepas [...]