Selain Hamster, Anda Tentu Pernah Makan Kuaci Ini…

Taman Perindustrian Balakong Jaya
Balakong
Selangor
10 Mac 2010
12 tghri

PERHATIAN DAN AMARAN:

Serbuan dan rampasan yang dilakukan ini bukan berkenaan samada kuaci ini halal atau tidak. Isu yang timbul ialah, syarikat menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran. 
Saya tidak melarang atau menggalakkan anda samada untuk terus memakan kuaci ini atau memberi kepada hamster untuk dimakan.

Kepada pengendali dan ahli laman forum, saya memberi amaran, jangan memutar-belitkan fakta yang telah diberi atau mengelirukan ahli/pembaca anda. Saya tidak akan bertanggungjawab akan segala ulasan atau pandangan yang anda kemukakan setelah anda ‘copy-paste’ atau ambil bahan dari blog ini.

Baca betul-betul entry ini kerana ada yang mengambil kesimpulan akan status kuaci ini. Selebihnya, kita gunaka akal yang Allah kurniakan, dan bukan emosi atau perasaan keterlaluan.
  

===============================================

Ye, selain hamster, anda mungkin atau tentu pernah makan kuaci ini.
                                                        Foto dari blog hanis de manis

Nampaknya, sijil Halal Jakim rupanya menjadi buruan mereka yang inginkan produk mereka laku dan dibeli oleh pengguna Islam, tetapi lebih dengan cara penipuan.

Malangnya, dalam serbuan kali ini, pengedar kuaci ini berkata:

“What a big issue ? Why  you all make it as big issue?
Aduh…punyalah sakit hati mendengar betapa bongkaknya syarikat terbabit yang mempertikaikan tindakan Jakim dan KPDNKK menyerbu syarikat mereka.

Sungguh kurang ajar – sudahlah menggunakan logo terbabit dengan sewenang-wenang tanpa kebenaran, mereka pertikaikan pula mengapa tindakan dikenakan pada mereka.

Jika kita gunakan akal yang berakal, kalau syarikat terbabit yakin syarikatnya boleh menjual kuaci buatan China mereka itu laku macam pisang goreng panas,, JANGAN gunakan logo Halal Jakim itu.
Habis cerita.
Ikuti kisah yang penuh dengan suasana tegang sehingga akhirnya, polis dari Balai Polis Taming Jaya dipanggil bagi membantu penguatkuasaan.
================
Ketika di Balai Polis Taming Jaya untuk menanya arah ke lokasi, saya mendapat SMS dari Shahrulnizam Abu Bakar, Penolong Pegawai (Kanan) Unit Aduan, Seksyen Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, meminta bantuan polis operasi yang dilakukan.
Menurut Shahrulnizam, ada masalah di lokasi apabila pihak syarikat enggan bekerjasama untuk mereka lakukan pemeriksaan dan rampasan.
Ketua Balai Polis Taming Jaya, Sarjan 70128 Ahmad Din sebaik dimaklumkan mengenainya, dengan penuh tanggungjawab menawarkan bantuan yang diperlukan dan segera meminta 2 anggota balai mengikutinya serta membawa dan menunjuk arah saya ke lokasi.
Untuk sampai ke kilang ini, perlu melalui kawasan berpalang dan pengawal keselamatan.
Untuk masuk ke dalam kaawasan kilang, perlu memasukinya melalui pagar otomatik dan kawasan sekeliling dipenuhi CCTV.
Benar, seorang lelaki sedang berkeras dengan pegawai dari Jakim dan KPDNKK untuk tidak membenarkan mereka masuk ke dalam kawasan stor.
Sebelumnya, dia membuka stor itu, tetapi setelah dimaklumkan, rampasan akan dilakukan , dia lantas mengunci semula stor dan pintu pagar ditutup secara otomatik, menyebabkan kami ‘terkurung’.
Sarjan Ahmad terpaksa menjelaskan kepada lelaki itu dan pekerjanya, mereka perlu memberikan kerjasama, sebeliknya dia tetap berkeras dan berkali-kali berkata betapa, pihak syarikatnya tidak melakukan kesalahan besar dan tidak perlu dijadikan isu.
Beberapa panggilan telefon dilakukannya malah berbagai alasan dan pertikaman lidah berlaku- dia masih enggan membuka stor.
Hampir sejam kami ‘terkurung’ di dalam kawasan kilang yang langsung tidak mempunyai papantanda semata-mata tidak mahu sebarang tindakan lanjut dilakukan (diplomasi).
Akhirnya, amaran terpaksa diberikan mengikut peruntukan undang-undang yang ada pada polis, Jakim dan KPDNKK untuk syarikat membuka stor.
Menurut rekod, syarikat mempunyai sijil halal dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak yang tamat tempoh pada 1 Sept 2008.
Dan dengan alasan pertukaran kerajaan/situasi politik di Perak, syarikat memohon sijil Halal dari pihak swasta yang tidak diiktiraf kerajaan – Perak Religious Officer Association ( 9 Jun 2009 hingga 8 Jun 2012).
Alasan diberikan oleh seorang lelaki yang didakwa sebagai perunding syarikat ,datang memberikan pelbagai alasan dan kata-kata yang tidak konsisten dan kadang-kadang melucukan.
Sebenarnya, berapa kalipun kerajaan bertukar, polisi tetap sama dan tidak bertukar dalam penguatkuasaan , tetapi itulah alasan yang diberikan oleh lelaki yang tidak mengaku sebagai perunding, tetapi syarikat pula mendakwa dia sebagai perunding…!!!
Pening…pening, walhal kes ini terlalu mudah untuk diselesaikan – beri kerjasama, maka tak perlulah bertekak dan memberikan hujah yang membuang masa kerana kesalahan telah terang-terangan dilakukan.
Dan isunya di sini, walaupun Jakim ketika ini tiada kuasa untuk mensabitkan kesalahan kerana syarikat menggunakan sijil/logo halal swasta, tetapi kesalahan nyata syarikat ialah, tidak menggunakan logo halal swasta  itu, sebaliknya menggunakan logo Halal Jakim tanpa kebenaran pada semua produknya.
Apa yang menarik mengenai kuaci ini ialah, pembungkusan malah logo Halal Jakim dicetak di China, dan syarikat menerimanya untuk terus dijual kepada anda.
Syarikat dengan angkuh mengatakan, tiada apa yang nak di isukan mengenai logo halal Jakim itu, kerana bagi mereka, mungkin logo halal Jakim itu tidak memungkinkan mereka melakukan kesalahan besar.
Untuk makluman anda, sebenarnya, logo halal yang dilekatkan pada produk, bagi ramai pengusaha yang buta mata-hati dan tamak haloba dan menggunakannya secara ‘curi’, ia adalah satu tarikan pada orang Islam untuk membelinya.
Saya yakin, tanpa meletakkan logo halal, jualannya tidak akan melonjak begitu tinggi, malah syarikat ini 10 tahun dulu adalah sebuah kilang kecil di Kajang dan ini merupakan kali ketiga pindah ke sebuah kilang yang bernilai jutaan ringgit.
Akhirnya , semua stok kuaci berjumlah lebih 100 ribu paket dirampas dari stor syarikat mengikut Seksyen 15, Akta Perihal Dagangan 1972 yang boleh membawa hukuman maksimun RM250,000.
Menurut Pengarah Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar, tindakan mereka yang menggunakan logo halal Jakim sewenang-wenang, selain melakukan kesalahan dan menipu pengguna, ia adalah tidak adil kepada syarikat yang benar-benar jujur dan komited setelah melalui proses yang ketat sebelum diberikan sijil halal.

Dan syarikat dinasihatkan memohon sijil halal yang sah dari Jakim.

Post Lain Yang Berkaitan

25 Comments

  • Pada 2010.03.10 15:46, Raziff Lokman menulis:

    Bang, nk tanya…kuaci ni halal ke tak? Local @ impot dr China? Saya mmg lama dh larang anak2 saya makan..

    • Pada 2010.03.10 18:24, mesinjahitsinger menulis:

      Syarikat yang menipu isu halal ni kena hukum depa ni dengan cara rampas semua harta yg ada dan beku kan. Tapi undang undang kita ringan sangat kot. Depa edar selori kucai dah pulang modal bayar denda.

      Cuba bekukan semua harta dan bank baru depa tahu isu halal ni penting ke tak penting.

      Aku tengok tak ada logo halal pun banyak orang Islam beli kuaci ni…haru sungguh.

      • Pada 2010.03.10 22:09, hayatiharun menulis:

        Ya Allah bang…kuaci ni mmg peberet sy ..lepas buletin Utama mlm tadi…semua kuaci yg masih tersimpan dlm petiais tu…dah diberi mkn pada hamster kat umahlah..pasni sy nak kunyah2 ape lagi bang????….aduiii!!!!

        • Pada 2010.03.10 23:14, zulkifli menulis:

          kalau dah sah kuaci cap ini mnggunakan logo halal secara haram, semus stoknya di peruncit dan borong mesti dirampas. Itu satu cadangan.

          lagi satu cadangan saya: lakukan odit halal ke atas kuaci ini dan jika halal berikan logo halal kepada syarikat ini. Dan denda mereka 3 kali ganda kos sijil halal JAKIM. Dan wajibkan mereka menghadiri kursus halal JAKIM serta mempunyai seorang pegawai proses HALAL di kilang mereka, semestinya seorang Muslim untuk menjadi orang pengantara proses Halal mereka.

          Dengan cara ini, kita menunjukkan imej Islam yang berhemah dalam menangani masalah. Lagipun benda ini kuaci, bukan makanan yang mungkin ada unsur alkohol atau daging yang meragukan.

          • Pada 2010.03.10 23:33, Kujie menulis:

            Hari ni bertambah lagi senarai makanan yang perlu dielakkan..

            kena tahan nafsu ni

            • Pada 2010.03.11 00:51, V.I.C @ D.I.A.N.A menulis:

              Alamak… selama ni konfiden je makan kuaci ni sbb ada logo halal…

              hamster makan kuaci ni? tak la…
              hamster makan kuaci rupa mcm ni tp takde perisa, takde garam, takde butter… plain je..

              kalau bagi hamster makan kuaci ni… alamat 2 hari je la jangka hayat hamster tu.

              • Pada 2010.03.11 01:35, inaisni menulis:

                Hairan..kenapa penguat kuasa atau pihak nerkuasa kita terlalu berlembut dengan jahanam2 ini semua…?

                • Pada 2010.03.11 03:21, is menulis:

                  Saya dulu makan juga dalam tahun 2002, pas tu saya dapat email menyatakan kuaci ni direbus menggunakan tulang babi. kilang tersebut dari china, maka selepas itu, saya pun dh tak makan lagi.

                  • Pada 2010.03.11 03:42, rommel menulis:

                    Pihak Jakim kena memeriksa kandungan dan bahan2 dlm kuaci ni. Takut kalau ada bahan2 yang tidak dibenarkan pulak.

                    Dah la guna logo Jakim secara haram, takut pula bahan dlm kuaci tu meragukan…elok disegerakan pemeriksaan kimia pada kuaci2 tu..

                    • Pada 2010.03.11 03:53, hayatiharun menulis:

                      Is….kuaci ni direbus ngan tulang babi???…biar betul info ni…ni bukan main2 ni…

                      • Pada 2010.03.11 05:54, KembarA KehidupaN menulis:

                        patotla hamster sy 2ekor mati taun lepas…hamster sy dlm mse seminggu menjadi gemok…lalu mati selapas sebulan memakan tersebut..xpasti dimana silap sama ade kuaci tersebut atau mknn tmbahn yg lain…tq kepada admin…u r the best

                        • Pada 2010.03.11 06:52, kraznaya menulis:

                          Thanks sebab berkongsi maklumat. Ini bukan sabotaj. Tapi makluman kepada pengguna, produk yang kita makan atau guna akan efek kepada badan dan kesihatan kita. Belum lagi hal ehwal agama kita,soal halal dan haram dipermainkan.

                          Syarikat kuaci ini menyalah gunakan logo halal untuk melariskan jualan sebab rata-rata pembeli adalah beragama Islam.

                          Belum jelas sama ada keluaran syarikat adalah barangan halal dimakan. Bergantung kepada keyakinan masing-masing melainkan pihak berwajib mengisytiharkan bahawa keluaran syarikat terbabit tidak boleh dimakan oleh pengguna muslim.

                          • Pada 2010.03.11 09:02, 66lyn99 menulis:

                            tiap2 malam saya anak beranak makan kuaci tu. 1 pack RM2, krg2 2 pack sehari.

                            nasib baik saya masuk blog abg semalam kalau tak hari ni 2 pack lagi.

                            • Pada 2010.03.11 15:23, shada JD menulis:

                              alamak!
                              kuaci favourite!adoiiiii.

                              rasa mcm nak jolok tekak keluarkan kuaci yg lama2 HAHAHA.

                              so,selamat tinggal kuaci kegemaran.jumpa lagi kalau dah ada tanda HALAL yang halal.

                              P.S TQ for the info

                              • Pada 2010.03.12 06:32, @cu SaYaNg menulis:

                                erk…feveret kuaci acu nie sebab rasa yg manis2 gitu…
                                kena lupa kan le lepas nie…

                                • Pada 2010.03.12 09:37, s.nizam menulis:

                                  ada juga terbaca yg kuaci ni direndam dlm air rebusan tulang babi..nak atau tidak, banyak bahan mentah/makanan kita sebenarnya dh mengandungi unsur2 babi…dari ikan keli yg saiz besar(diberi makan perut n lemak babi)yg diternak di kolam2 sehinggalah kasut n seumpamanya…

                                  nak salahkan siapa dlm hal ni…

                                  • Pada 2010.03.14 07:04, ROHAIFI AZRI menulis:

                                    mohon copy-paste untuk disebarkan…

                                    • Pada 2010.03.15 10:45, adam menulis:

                                      korang ni, apahal lah. kan kuaci tu dah dapat halal dari tahun berapa ntah dan sijil halal tamat pada 2008. camna pulak kuaci tu haram nak dimakan? kan dah diperiksa oleh pegawai jabatan agama perak dan diberi sijil halal??? boleh korang bagitau camna pulak benda tuh haram???? korang agak pegawai tuh buta ke nak bagi sijil halal pada benda yang HARAM??

                                      • Pada 2010.03.15 11:21, ...rux... menulis:

                                        adam lu memang sempoi cuba baca balik betul2 b4 buat conclusion.

                                        • Pada 2010.03.16 03:03, Hidayah Baik menulis:

                                          fuyooo feveret mak ayah aku kuaci nih. hamster aku pun memang peberet dia jugak. nak buat camna, hamster kan suka kacang2 nih.

                                          • Pada 2010.03.17 23:53, Ira Naqiyyah menulis:

                                            wow…babi + koci= jd ape ek??ahhaha…ewwww

                                            • Pada 2010.03.19 02:52, HasneY menulis:

                                              berkurun lama kurasakan..he..he..dh lama mmg tk sentuh sejak dpt email yg menyatakan kuaci ni direbus ngn..dot..dot…hu..hu..ngeri…sebb tu la, org melayu jd haru biru, mana taknyer, byk makanan tk halal namun melantak jugak..hu3..

                                              • Pada 2010.03.23 15:52, tony menulis:

                                                The company should take legal action to you.

                                                • Pada 2010.03.31 02:23, rarambia menulis:

                                                  Surat dari pengedar:

                                                  CHACHEER KUACI HALAL

                                                  Kami, syarikat Chacheer (Malaysia) Sdn.Bhd sebagai pengimport dan pengedar Kuaci Bunga Matahari sejak 2002 ingin menjelaskan kepada pihak awam tentang “Kuaci Halal Palsu” yang terpapar di berita akhbar dan TV baru-baru ini seperti di bawah :

                                                  1. Produk ini diimport dari wilayah Anhui, China dan dikeluarkan di bawah pemerhatian Persatuan Islam Anhui, China. Oleh sebab sejak awal 2002, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak dibenarkan untuk ke luar negara bagi tujuan pemeriksaan untuk pensijilan halal, maka inilah sebabnya kami pergi kepada pihak negeri, iaitu Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk memeriksa kilang Chacheer di China. JAIP telah mengaudit dan mengesahkan produk ini halal. Sejak itu, semua label pembungkus produk Chacheer menggunakan logo Halal Malaysia dari 2002 hingga sekarang.

                                                  2. Kami memohon Halal kepada JAIP melalui perunding kami sebanyak 4 kali sejak 2002 sehingga sekarang. Pegawai Halal JAIP telah pergi ke kilang untuk mengaudit proses pengeluaran dan bahan mentah untuk mematuhi peraturan ketat Keperluan Keselamatan Makanan halal Malaysia. Pengesahan terakhir adalah dari Jun 2009 hingga Jun 2012. Tetapi pengesahan adalah dari Persatuan Pegawai Agama Perak yang membantu kami sehingga masalah dalaman jabatan di JAIP selesai.

                                                  3. Kami hanya mengetahui bahawa pihak JAKIM telah dibenarkan sejak Ogos 2009 untuk ke luar Negara bagi tujuan audit sewaktu datang mendakwa kilang kami pada Rabu, 10 Mac 2010. Kami dinasihatkan untuk memohon terus dari JAKIM kerana JAKIM sekarang sudah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan di luar negara. Oleh itu, pada 12 Mac 2010, kami telah menghantar permohonan kepada JAKIM untuk proses pemeriksaan kilang di China. Kami sedang menunggu tarikh dari JAKIM yang mungkin dijadualkan pada lewat April 2010.

                                                  4. Oleh itu, kami ingin memaklumkan bahawa pihak syarikat kami adalah tidak bersalah dalam keseluruhan senario mengelirukan ini. Kami tiada niat untuk menipu atau mengelirukan pengguna Islam Malaysia untuk memakan produk kami yang menggunakan logo Halal Malaysia . Kami memiliki sijil Halal sah dari pihak berkuasa kerajaan Malaysia sejak 2002 tetapi tamat pada akhir tahun 2008. Kami tidak tahu bahawa sijil halal dari Persatuan Pegawai Islam Perak (PPIP) tidak diiktiraf oleh JAKIM dan tidak boleh menggunakan Logo Halal Malaysia. Kami terus menggunakan logo Halal Malaysia kerana banyak wang telah dibelanjakan untuk mencetak pembungkus dan kami menunggu untuk mendapat sijil halal yang sah dari JAIP setelah masalah dalaman jabatan selesai.

                                                  5. Melalui beberapa perundingan dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) maka mereka bersetuju tidak akan mengambil tindakan kepada produk Chacheer di pasaran kerana kuaci kami sebenarnya Halal dan hanya menggunakan logo Halal Malaysia dengan sijil halal yang telah tamat. Kami boleh menggunakan logo Halal PPIP atau Persatuan Islam Anhui dengan sijil halal yang belum tamat tempoh.

                                                  6. Kami juga telah berunding dengan pihak JAKIM dan mereka mengesahkan bahawa jika kami menutup semua logo Halal Malaysia, maka kami masih boleh menjual produk ini dalam pasaran. Sementara itu, pada 25 Mac 2010, kilang Qia Qia Foods Co., Ltd yang mengeluar kuaci Chacheer di China telah disahkan halal oleh Persatuan Islam Shandong. Kami telah memaklumkan kepada JAKIM dan mereka telah memberi surat pengesahan bahawa Persatuan ini diiktiraf oleh JAKIM. Maka dengan itu, kuaci Chacheer adalah dianggap halal semula oleh JAKIM.

                                                  7. Akhir sekali, kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan, peruncit dan pengedar Kuaci Bunga Matahari di atas segala kekeliruan dan kerumitan yang telah berlaku. Sekian, terima kasih.

                                                  • Pada 2010.04.23 09:50, Jiant Vialy menulis:

                                                    baru liat ada kuaci yang seperti itu!

                                                    You must be logged in to post a comment.