Kajang Perdana,
Kajang, Selangor
19 November, 2011
11 pagi
Mereka tidak pernah serik – kerana keuntungannya amat-amat lumayan.
Ketika menerima maklumat kes ini, saya dimaklumkan lokasinya berhampiran Kelab Menembak Kajang, menyebabkan saya terfikir, ia mungkin lokasi sama yang diserbu sebelum ini.
Benar, sebaik sampai, lokasi ini pernah diserbu sebelum ini pada 25 Jun lalu - Sindiket Penyelewengan LPG Semakin Celaka oleh KPDNKK Putrajaya.
Kali ini, KPDNKK WP Kuala Lumpur pula yang berjaya menghidu kegiatan mereka.
Risikan dan intipan selama 3 hari akhirnya berjaya menahan 11 orang – 9 darinya merupakan pekerja warga Myanmar ketika sedang leka memindahkan kandungan gas.
Lebih 1500 silinder gas gomestik dan industri berjaya dirampas termasuk sebuah lori dan sebuah treler.
Siasatan awal mendapati, silinder gas domestik 12kg ini dibawa dari sebuah daerah di Johor dan diselewengkan di sini.
Di sini, mereka gunakan teknik airbatu untuk memindahkan gas terbabit…
Kepada anda yang MASIH tidak memahami kerja-kerja manusia jahanam ini, saya ada menerangkannya di dalam blog ini.
Sila rujuk sini: Perlukah Ditimbang Silinder Gas Yang Dibeli?
Silinder gas memasak yang anda beli, sebenarnya kandungannya telah dikurangkan tanpa kita ketahui.
Beberapa kilogram gas itu disedut dan dimasukkan ke dalam silinder gas industri seberat 50kg.
Kerana silinder gas yang kita guna di rumah, sebenarnya harganya telah disubsidi oleh kerajaan, manakala silinder gas untuk industri seperti restoran, hotel dsb, harganya kira-kira 2 kali ganda setiap kilogram.
Jadi, mereka beli banyak-banyak silinder gas yang kita guna, dengan harga yang telah disubsidi, kemudian pindah kepada silinder gas industri, kemudian mereka dapat untung 2 kali ganda akan setiap kilogram yang dijual.
Anggaran, setiap silinder 50kg, mereka dapat untung antara RM60 ke RM80 setiap silinder.
Bukankah setiap silinder yang dibeli ada penutup/tudung keselamatan @ seal?






















Assalamualaikum,
Bila gas memasak cepat habis, bukan bermakna kita rajin memasak zaman sekarang ni…berat dek tong je lah tu
apa tindakan yang dikenakan terhadap tokey ni dulu. yang pasti tindakan yang diambil pasti jauh lebih murah berbanding keuntungan yang dibuat dalam aktiviti menyeleweng ni. kenapa penguatkuasaan dan hukuman negara ni terlalu ringan? tindakan tokey ni seumpama mencuri duit rakyat biasa. kita beli untuk jumlah A tapi kita dapat hanya A-30%. tak boleh ke ubah hukuman seperti denda 300% daripada nilai barang yang dirampas. baru la orang berfikir banyak kali nak menyeleweng…
ish,, banyak betul
Kadang kadang berat selinder gas kat rumah tu kurang 2 atau 3 kg, kita tak amik kisah sangat. Nampak gaya lepas ni kita kena timbang tong gas ni setiap kali kita beli gas.
aik. bukan aritu dah kena tangkap ke?
[...] 19 Nov 2011 – Sindiket Gas LPG – Mereka Tidak AKan Serik… [...]
[...] Sindiket Gas LPG – Mereka Tidak Akan Serik… [...]