Seksyen 15
Bandar Baru Bangi
Bangi, Selangor
29 Mac 2012
12 tengahari
Nama mangsa : Ramai, termasuk artis-artis tanahair.
Manusia biasanya tidak pernah untuk bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan Allah kepadanya.
Maka dengan itu, sesuatu harus dilakukan – bagaimana untuk menjadi lebih cantik, menawan, kelihatan muda, kulit licin , berseri dan mempunyai ‘saham’ yang tinggi.
Bagi wanita, malah ada juga lelaki, sanggup melakukan pelbagai cara untuk memuaskan hatinya dan juga faktor persekitrannya.
Suntikan cecair Vitamin C ke bahagian tertentu muka, semata-mata untuk kelihatan lebih muda (walaupun kubur kata mari…), kulit lebih cerah dan kononnya kelihatan berseri-seri menjadi trend sejak sekian lama.
Dan antara ‘pelanggannya’ termasuklah golongan artis, mereka yang berwang, malah mereka yang papa-kedana tak sedar diri juga terikut-ikut dengan trend bodoh ini.
Dengan harga antara RM95 hingga RM200 sekotak, bergantung kepada jenama, mereka tidak pernah memikirkan risiko kemudian hari yang bakal diterima akibat suntikan sesuka hati ini.
Ye, anda boleh lakukannya, tetapi atas preskripsi doktor dan bukan dengan sewenang-wenangnya dengan melakukan suntikan sendiri
Malah, difahamkan, ada juga doktor yang melakukan suntikan dengan bayaran RM10 jika ada pelanggan yang mahu ianya dilakukan pihaknya dan tanpa preskripsi doktor.
Akhirnya, beberapa aduan diterima, suntikan-suntikan haram yang dilakukan memberikan kesan buruk kepada mereka – sel-sel muka menjadi rosak malah mampu mencacatkan terus muka yang sebelum ini tiada cacat-celanya.
Bukan mudah untuk mengesan penjualan bahan ini, yang akhirnya lokasi sebenar berjaya dikesan.
2 bulan masa diambil untuk memantau perniagaan melalui internet ini, termasuk membuat pesanan barangan sebagai bahan bukti.
Akhirnya, hari ini, 28 barangan kosmestik pelbagai jenis dan jenama dirampas membabitkan barangan yang tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.
7 jenis darinya merupakan produk Vitamin -C yang dikhaskan untuk disuntik ke muka.
Manakala, ada produk dari sebuah syarikat/jenama terkenal, menggunakan hologram KKM palsu.
Rampasan bernilai hampir RM70,000.
Nota – Tiada siapa melarang kita berniaga kosmetik atau ubatan/suplemen asalkan ianya tidak memudaratkan pengguna dan mengikut kaedah dan saluran yang betul.
Jangan kerana semata-mata mengejar keuntungan berlipat kali ganda, peniaga sanggup menggadaikan nyawa manusia lain.
Orang Melayu merupakan antara manusia yang paling gemar menggunakan pelbagai barangan sebegini dan amat mudah terpengaruh mengenainya, menjadikan orang Melayu juga yang menjahanamkan orang Melayu sendiri.
Tiada istilah menindas orang Melayu dengan rampasan sebegini, tetapi sebaliknya hendak menyelamatkan orang lain yang dibutakan mata hati mereka dengan produk mengarut sebegini, yang kebetulan dimonopoli oleh orang Melayu sendiri yang menjualnya.
Keuntungan menjual barangan sebegini boleh mencapai keuntungan 10 kali ganda dari modal asal.
Maaf, bahasa saya gunakan agak kasar atau keterlaluan, tetapi itu sahaja bahasa yang sesuai kepada mereka yang taksub dengan benda-benda mengarut sebegini.
Kebanyakan produk di import dari China dan Indonesia.
Nota – saya akan menyiarkan dalam tempoh terdekat mengenai sebuah syarikat penjagaan mata terkenal, yang telah didapati bersalah dalam satu keputusan mahkamah membabitkan beberapa kes semalam (28 Mac 2012)










haha. bagus, harap bro sham dapat bongkar lagi benda2 mcm ni. Kalau boleh buat lg post terbaru yg membawa maksud berikut “Tahukah anda pelbagai berpuluh-puluh produk kosmetik & kesihatan sebenarnya berasal daripada pembuat/pengilang “haram” yang sama!!!”
bagus…benteras hingga ke akar umbi…
dan kenakan hukuman yang setimpal pada mereka yang menjalanakan
perniagaan penginayaan macam ni…
Vitamin C ini bukan saja dicucuk ke muka malahan ada untuk
seluruh badan. Namun mudaratnya jika terlebih dos akan
merosakkan buah pinggang sendiri..
baik makan Vit C dari buah2an segar. Lagi sihat..
nasib baik selama ini belum terpengaruh untuk melawa tak bertempat. Kes mcm ni selalu dibongkar tetapi biasalah, selagi tak kena batang hidung, kebanyakkan kita ambil mudah.
tolong lah sedar yg suntik menyuntik tu bukannya buat muka jadi tambah cantik, tapi jadi tambah buruk ok!
Assalamualaikum,
Syeksen 15? Premis yang manakah itu?
Oppsss jangan kata farmasi tu dah lah ya…
petang nanti nak pi ngendap, masih beroperasi ke tidak
Industri kecantikan ni memang selalu jadi sasaran barangan berbahaya sebab perempuan terutamanya obses untuk cantik.jangan main-main dengan barang Made In China.
Satu perkongsian bermanfaat utk mereka yg semakin berusia tapi masih ingin terasa muda.
SEKSYEN 15???MACAM TAU JE KEDAI NI..DEKAT SANGAT DENGAN KEDAI SAYA NI..