Kuala Lumpur
3 petang
Terbaru, mereka menggunakan pusat spa/kesihatan sebagai tempat pembungkusan dan pengedaran DVD cetak rompak termasuk DVD lucah.
Tidak cukup di situ, mereka menggunakan satu taktik lain pula untuk menghantar kepada pelanggan.
Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNKK WP, Othman Nawang, ini merupakan taktik terbaru yang berjaya pihaknya kesan dan tumpaskan.
Mereka gunakan kotak yang kononnya berisi jelly buah-buahan dan kotak air mineral.
Dalam serbuan kira-kira jam 2-30 petang tadi oleh KPDN-KK Wilayah Persekutuan,, sebuah bilik kecil di belakang sebuah pusat spa di tingkat dua ini, dijadikan pusat pembungkusan.
DVD kemudian akan dijatuhkan melalui satu lubang di tangga putar di belakang pusat spa, dan seseorang akan menunggu di bawah sebelum dihantar kepada pelanggan.
Di premis sama, tetapi di tingkat bawah, satu lagi sindiket ditemui secara tak sengaja.
Tiga lelaki sedang sibuk mengangkat beberapa kotak yang mencurigakan dari sebuah stor di bahagian belakang premis.
Kotak-kotak bertulis jelly buahan-buahan berlogo halal dan air mineral itu, apabila diperiksa, mengandungi DVD permainan komputer untuk diposkan kepada pelanggan di serata negara.
Ketiga-tiga lelaki terbabit turut ditahan dan keseluruhannya , kira-kira 17 ribu keping DVD cetak rompak dirampas.


















salam brother
mcm2 tektik diorang nak cari duit
sampai ke SPA pun ada
nasib le tak ada org sedang buat facial.. if not
malu tu der… tiba2 muka dlm paper.. padahal tgk cuci muka.. huhuhu… duniawi
dah lama tak beli dvd cetak rompak.keh3x.
mak aih..mereka ni memang kreatif….
patut boleh keje dengan Zul Design dah nih..
Kedai ni di Desa Sri Hartamas. Dengar khabar akan didirikan Ibu Pejabat Polis Daerah di sini. Memang sesuai masanya untuk IPD di sini. Kawasan ni sudah jadi "hot spot" untuk jenayah terancang, termasuk pengedaran DVD haram , kumpulan gelap (samseng), kegiatan tak bermoral. Kami yang tinggal di Sri Hartamas, dan Desa Sri Hartamas pun kurang gemar berpeleseran di sini. Tempat ini ramai pelanngannya bukan orang berdekatan, tetapi jauh darinya. Kawasan ini begitu mudah di lawati kerana dihubungi oleh rangkaian lebuhraya2 seperti SPRINT, DUKE, PLUS, Kerinchi Link, Penchala Link. Tidak hairan lah ia digemari kerana senang untuk membolos ke seluruh Semenanjung selepas melakukan jenayah kerana hubungan rangkaian lebuhraya yang begitu baik.
Nacam Ni Pon Ada Gak ??? Kira Menyelam Sambil Minum Air La Ni…
Gambar Sekitar Perkahwinan Maizawati, Bekas Isteri Akhil Hayy.
Buat la cam ner pon..keje tak elok..dapat juga akhirnya….lambat dgn cepat jer…
perghhh ….
kat area situ laaa selalunya aku lepak pekena teh .. bila buat keje kat site … adehhh … kawasan panas rupanya …
sbg penagih tegar filem2 holywood aku mmg sokong sgt la dvd cetak rompak nie(dvd filem ompteh jer xdvd lucah)..sbb murah.bayangkan la 8 in 1 filem holywood dalam 1dvd je.harga baru 8ringgit kat kg aku p.mas ..klo beli yg original 8tajuk filem boleh sampai dekat rm200 tuu..tapi dgn dvd cetak rompak dapat menyelamatkan poket aku daripada rabak..
Dvd cetak rompak ye…macam2 taktik dah skang…..nasib bukan jenis minat beli mende camtu…suka beli ori punya…puas ati sesangat….kualiti terjamin
THANKS ye abam ondscene sudi share entri sebegini…
ai memam x suka kat cite cetak rompak ni, cam bodoh je…ai slalo cari cite kat SPEEDY…
beli lah yam ori…memam berbaloi…
slmt menunaikan ibadah puasa..
huhu sokong 'Tuan'…
mmg kita tak sepatutnya sokong DVD cetak rompak, tapi dah ori nye mahal.. plus byk dvd yg tak dijual ori ada dlm pirated.. movies & tv shows yg rare.. so mcm manalah org tak beli cetak rompak? Diorang pun takkan berleluasa kalau xde demand kan?
Sama gak ngan comp software/games, cth kalau nak beli ori ADOBE master collection CS5, harga ori USD3,599 (dlm RM 8,000+).. cetak rompak kurang RM50, torrent free.. ada sesiapa regular user yg gila nk spend RM8k utk software yg dlm beberapa bulan akan upgrade lain pulak? Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri
Hehe funny tgk mcm2 taktik diorang fikirkan.
Sebab2 utama orang2 suka beli CD/DVD/CD-ROM cetak rompak ialah – harga terlalu2 & teramat murahnya berbanding yang original.
Tak kisah lah orang kata kita sokong industri haram jika beli perisian cetak rompak, asalkan puas hati – wang tak banyak habis, lagipun hanya untuk sekali atau dua kali tengok / guna, kemudian kita boleh juga copy /install terus dalam hard-disc komputer / laptop kita. Mutu pun lebihkurang sama dan tidak menjejaskan hardware milik kita. Mudahnya.
Memang logik & praktikal sekali….
Oleh itu jika tak mahu gejala ini berterusan, perlulah diturunkan harga perisian yang asli kepada harga yang paling menasabah……
Was currently working in a DVD/CD outlet in Rawang. Didn,t like manner operations were run. 95% staff were foreigners from India tetapi tunjuk belang mereka dekat sini. Suspect cetak rompak as cannot trust foreigners and the way they handle Malaysian staff. Appreciate if proper authorities conduct survey to remove any doubt.