Bandar Sri Permaisuri
Cheras, Kuala Lumpur
18 April, 2012
10.30 pagi
Jika wanita mahukan kecantikan, maka lelaki mahukan kekuatan.
Kekuatan yang diperlukan lelaki sebenarnya adalah kerana kelemahan mereka sendiri dan sanggup menggadai nyawa dengan meminum air ‘mengarut’ ini.
Jika menggunakan fikiran yang waras, air di dalam tin ini berharga RM8, tentu tiada manusia waras sanggup membelinya.
Samada ‘tergoda’ dengan khasiatnya, atau memang terlalu taksub dengan kuasa Buah Tunjuk Langit , maka risiko darinya tidak diambil peduli.
Mungkin pengguna tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana label tidak menerangkan kandungan sebenar di dalamnya, tetapi harga yang begitu tinggi sepatutnya menjadi persoalan.
Dan ditambah oleh jaminan kuasa ‘ajaib’ yang diberikannya.
Malah minuman ini tidak terdapat di kedai-kedai runcit – pengenalan mengenainya adalah dari mulut ke mulut atau datang sendiri membeli di syarikat ini atau melalui jualan langsung kendalian mereka.
Berpandukan kepada perkara tersebut dan juga aduan orangramai, risikan dan siasatan dilakukan.
Akhirnya terbukti, air minuman ini mengandungi ‘analog-sildenafil’, bahan kimia yang diubahsuai dari sildenafil – nama saintifik bagi Viagra.
Bukan semudah atau sewenang-wenang itu untuk mengambil Viaga kepada lelaki yang perlukan ‘kekuatan’ itu.
Kesilapan mengambilnya tanpa perskripsi doktor, mampu mengundang padah dan menjahanamkan diri sendiri.
Akhirnya, dalam serbuan serentak di ibupejabat syarikat jualan langsung ini di Cheras dan gudangnya di Klang, merampas lebih 24,000 tin minuman ini bernilai kira-kira RM200,000
Bukan kali pertama, tetapi syarikat ini pernah dikenakan tindakan kira-kira 4 tahun lalu atas kesalahan sama.
Nota – sildenafil digunakan dalam rawatan ejakulasi pramatang dan kegagalan fungsi seks bagi lelaki.












Assalamualaikum,
Lagi??? Ada label halal lagi tu…
pengambil kesempatan di mana-mana sahaja. yang terkena tu pulak tak nak sedar-sedar lagi. ish!
mudahnya buat duit bila ada duit….