Kuala Lumpur
20 Februari, 2012
Buku ini dikhususkan untuk kanak-kanak , dan di kedai buku, ia diletakkan pada rak buku untuk kanak-kanak.
Setebal 44 mukasurat, ia berharga RM39.80 senaskhah dan ditemui dijual pada sebuah kedai buku terkemuka di Bangsar, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, apakah kandungannya yang sebenar, yang pihak penerbit mendakwa telah terjual lebih 2 juta naskhah di seluruh dunia.
Ia menjelaskan antaranya mengenai hubungan seks dan cara-cara melakukannya secara terperinci dan dilengkapi dengan pelbagai ilustrasi.
Mungkin ia tidak menjadi masalah di negara Barat (buku ini diimport dari Barat), tetapi di negara ini, jika inilah buku yang dikhususkan untuk kanak-kanak berusia di bawah usia 12 tahun, apakah implikasinya.
Tahun 2010 sahaja, buku import memasuki pasaran negara ini bernilai RM3 billion.












Pengedar buku mana kisah komplikasi dan kesan bila jual buku ni. pada mereka yang penting untung. asal boleh buat duit, sensitiviti masyarakat boleh tolak ke tepi.
Semalam ada masuk dalam Buletin Utama..
KDN perlu bertindak lebih tegas dan pemantauan perlu dilakukan berterusan.. Pengedar buku ni pun tak sensitif ker..
Assalamualaikum,
macam manalah nak terangkan kat budak-budak umur macam ni ya kalau mereka nak penerangan lanjut selepas baca buku ni?
tu la pasal,terkejut masa tgk citer Buletin Utama mlm td. Agak2 staf KDN tgh buat apa sampai buku ni boleh terlepas pandang?
MasyaAllah… tidak sesuai buku ini di jual di negara ISLAM kerana
kanak2 masih tidak memahami apa itu seks sebenar yang halal.
Ditakuti mereka akan ada sikap untuk mencuba sesuatu yg baru..
Harapnya pihak2 tertentu dapat memantau sebelum terlambat…
Agk kurg patut….buku tersebut didedahkan kepada kanak2…
[...] gambar: Ondscene | Layari Berita Tempatan Menarik Informasi Malaysia [...]
[...] gambar: Ondscene| [...]