Pulangkan Adam Haikal

  Biodata:
Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun
Kes:
 Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.
ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)
berkulit cerah, berambut pendek
parut di dahi dan lenggan kanannya.
baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar
Lokasi terakhir:  
Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,
56000 Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
Hubungi:
 012-2791044 (bapa)
 012-2608660 (ibu)
012-21559241/ 012-9316653 
019-2227878 (Halijah Hussin)
atau balai polis berhampiran.

Flat Sri Kota
Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
15 Mac 2010

Lagi kes kanak-kanak hilang.

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.

Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya.
Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya , Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.
Ketika itu, Normayanti keluar bekerja, dan anaknya itu tinggal bersama neneknya apabila dia keluar bekerja, dan seperti kebiasaan anaknya akan bermain bersama rakan-rakannya di kawasan sekitar Flat Sri Kota itu namun pada jam7malam anaknya pasti pulang.
“ Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa,” katanya.

“ Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya, ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri kahwin tersebut.
Setel tidak muncul-muncul, mereka sekeluarga dan penduduk setempat mencari sekitar Bandar Tun Razak, Sungai Besi sehingga Taman Midah tetapi masih tidak ketemu.
Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang lelaki melayu.
Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya bermain dibawah blok rumahnya itu.
Kanak-kanak yang bersekolah di Tadika Islam As Syakirin ini dipercayai hilang jam 6 petang dan kali terakhir,memakai .
“ Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang dahulu, tolonglah,” katanya.
Keluarga mangsa dan pihak polis telah melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di kawasan perumahan terbabit tetapi tidak dapat mengesan ke mana kanak-kanak itu pergi.
Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.

Turut merasai kehilangan Muhamad Adam Haikal, adik bongsunya, Nurul Atilia Sufiya,2, mencium gambar abangnya itu.

Post Lain Yang Berkaitan

3 Comments

  • Pada 2010.03.16 03:21, Melor menulis:

    Ya,allah…selamatkanlah kanak2 ini…sungguh tak tertahan hati semakin ramai such helpless soul teraniaya.."
    p/s:bro sham sy ambil entry ni to repost at my blog ya.TQ

    • Pada 2010.03.16 04:34, Ira Naqiyyah menulis:

      hurmmm..bkn kali pertama kes sebegini terjadi..anak2 adalah tnggungjwb ibu bapa..so tepuk dada tnya selera…bila jadi mcm ne..menangis air mata drh sekali pun tidak akn menyelesaikn masalah…
      harap kes ne dapat d selesaikn secepat nya..bimbang kes sperti nurin jazlin berulang..
      masyaallah…semoga allah melindungi ADAM HAIKAL..amin..

      • Pada 2010.03.16 04:41, winter gurl menulis:

        Ini mesti kerja monyet gila , monyet suka tangkap kanak2 ,entahlah mengapa monyet tu nak buat begitu ?Tak ada kerja lain ke?

        Masa kini macam rasa tak selamat je , main kat rumah sendiri pun kena culik .So , parents kena hati2 nak teman anak2 mereka.

        Semoga budak tu selamat ke pangkuan keluarganya.

        You must be logged in to post a comment.