Selain Kes Marnie, Banyak Lagi Kes Sebegini Sebenarnya

Kuala Lumpur

Kisah Marnie dari Semporna, Sabah yang menghilangkan diri bersama kekasih pengkidnya yang disiarkan di dalam blog ini, telah pun berakhir.

Sila rujuk entry ini:

17 Mei 2010 Terjebak Pengkid

19 Mei 2010 Bang…Boleh Kita Berkenalan…?

 2 Jun 2010 Marnie Telah Ditemui

15 Jun 2010 Pulangkan Marnie

Jika anda lihat foto terkini Marnie atau lebih dikenali sebagai Mimie, orangnya kecil sahaja.

Malah menurut bapa saudaranya, Ali Bais Hambog, Mimie sudah semakin kurus sebelum dia menghilangkan diri.

Dan tindakan tidak masuk akal oleh remaja usia 15 tahun ini menyusahkan begitu ramai pihak selain banyak wang ringgit habis untuk mencarinya.

Keluarganya hanyalah keluarga petani yang terpaksa bergolok bergadai semata-mata untuk mendapatkannya kembali setelah dilarikan pengkid berusia 20 tahun untuk dibawa ke Kuala Lumpur.

Malah menurut ibunya, ketika Marnie sampai di rumah, dia mendapati semua barang kemas yang dipakai Marnie telah habis digadai oleh kekasihnya itu.

Di Kuala Lumpur, dia tinggal bersama ‘kekasihnya’ bernama Norjaimah, 20 tahun di sebuah apartmen di Damansara Permai dan 10 lagi penghuni wanita lain.
Norjaimah, pelajar sebuah pusat latihan kemahiran.
Mimie melarikan diri dari rumahnya di Semporna , Sabah pada 15 April lalu dan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur bersama Norjaimah.

1 Jun lalu dia berjaya ditemui dan dibawa pulang ke rumah bapa saudaranya , Ali Bais Hambog sebelum menghilangkan diri 3 hari kemudian.

Akhirnya, Jumaat lalu, dia berjaya ditemui semula dan terus dibawa balik ke Sabah keesokannya.

Antara sebab dia berubah fikiran dan mahu pulang, hasil dari ‘tekanan’ perasaan setelah membaca kisahnya dipaparkan di media dan keadaan ibu dan bapanya yang ditimpa kesusahan akibat perbuatannya itu.

Iktibar dari kisah ini, mungkin hanyalah pada diri Marnie sahaja, sedangkan banyak lagi kes seumpama ini berlaku , terus berlaku, tetap berlaku , kerap berlaku di mana-mana - semata-mata mengikut hawa nafsu.

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

  • Pada 2010.07.05 06:16, Friend menulis:

    haa.. takut rambut kne gondol… tu la.. hee

    klau marnie bace komen ni.. Dik, jgn buat lg ye..

    sayangila mak ayah.. klau nk berkwn, cari kwn yg betul² sesuai.. kwn yg baik tu kwn yg boleh rapat dan memahami diri kita.. juga dgn keluarga kita.. cari org camtu..

    • Pada 2010.07.05 10:05, Ani menulis:

      ade lg cite budak kecacingan nih.
      jelek amat.

      kalau lari lg..up balik cite dia nanti.

      beh baik bro siarkan kes kanak2 hilang.
      lg baik…sama2 kita bantu cari.
      satu malaysia.

      • Pada 2010.07.05 11:35, airforcetribes menulis:

        Ntah pper ar pengkid nie. Kiter ptot siast group xder tlor nie. Byk dh kes ngan cerita yg smer. There should be sumtin wrong sumwhere.

        • Pada 2010.07.06 05:49, Bawang Goreng menulis:

          Ada rumah perlindungan/pemulihan akhlak untuk remaja begini.

          Mungkin mak ayah dia patut fikir hantar anak bermasalah begini ke rumah perlindungan/pemulihan, jika mereka sendiri tidak mampu mendidik sendiri dan 'mengawal'nya.

          • Pada 2010.07.06 12:13, Tany menulis:

            ceh.. tgk gambar dulu, nampak ayu, tgk gambar yg latest tu, baru nampak budak berhingus lg rupanya.. ada ati nak lari? piiiiirah. Tu lah, sebelum lari dulu tak nak guna kepala otak berfikir ttg consequences, dah menyusahkan mak bapak dan orang lain baru teringat nak pulang? Hah, awatnya Marnie oi.. Si pengkid sial tu tak boleh tanggung dah ke? Sebab dah habis barang kemas digadai ke?

            walau apa2 pun, alhamdulillah jugak budak bengong ni sedar awal, bukan aper.. kesian kat mak bapak dia. Diorang bukan org senang..

            lain kali, sebelum nak lari, fikir guna kepala otak, jgn guna kepala lutut.

            You must be logged in to post a comment.