Kali ini ondscene membawa anda ke satu lokasi yang saya agak mungkin boleh mampu meringankan pemikiran setelah beberapa bahan berita yang agak menyayatkan hati dipaparkan di sini.
Kali ini ala-ala ‘Jalan-jalan Cari Makan’.
Pernahkah anda terfikirkan, bahawa bukan sahaja Mc D atau KFC mempunyai konsep ‘drive-thru’ atau pandu lalu, malah cendol juga mempunyai potensi akan pendekatan sebegini.
Bagi seorang pengusaha cendol, Mohd Arif Ismail, 49 tahun, kesukaran pelanggannya yang terpaksa berjalan kaki agak jauh setelah meletakkan kenderaan untuk menikmati cendol resipi ciptaannya, idea ini timbul.
Beliau berpindah ke satu lokasi baru , tidak jauh dari lokasi asal – di Assam Jawa, Jalan Kuala Selangor
Bermodalkan kira-kira RM20,000, Mohd Arif tanpa menoleh ke belakang, mendapati kawasan ini sesuai dijadikan sebagai lokasi cendol pandu lalunya yang pertama.
Baru sahaja masuk sebulan dibuka di lokasi baru ini, sambutan pelanggan amat menggalakkan malah ada yang berpatah balik setelah terlihat pemidang besar mengenai cendolnya.

Cendol Bakar – diberikan nama kerana keistimewaan cendol ini menggunakan gula merah yang akan dibakar terlebih dahulu untuk mencairkannya sebelum dijadikan pemanis di dalam cendolnya.

Resipi istimewa ini dan ditambah dengan konsep pandu lalu ini akhirnya berjaya menarik ratusan pelanggan setiap hari yang terdiri dari berbagai bangsa.
Pada asalnya, hanya terdapat 2 menu iaitu Cendol VIP dan Cendol VVIP tetapi ditambah 4 lagi menu menjadikan 6 menu semuanya yang berharga antara RM2 hingga RM3.50 setiap satu.
Setiap cendol mengandungi Nata-de-coco, selasih, jagung dan kacang.
Cendol VVIP – RM2.50
Cendol Tapai – RM2.80
Cendol Pulut Tapai – RM3.20
Cendol Durian – RM3.00
Cendol Pulut Durian – RM3.50
Apakah keistimewaan menikmati Cendol Bakar?
Sempena bulan Ramadan ini, Mohd Arif turut beramal dengan bersedekah satu cawan Cendol VIP akan setiap pembelian.
Bukan itu sahaja, apabila golongan OKU dan fakir miskin juga tidak dilupakan – mereka boleh menikmati hidangan cendolnya secara PERCUMA – dengan hanya menunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dan yang paling menarik, apabila anda menikmati cendol di gerainya, anda boleh menambah secara percuma selagi anda terlarat!
Dengan mempunyai 7 pekerja di gerai ini, Mohd Faisal bercadang untuk membuka 4 lagi cawangan menjadikan 10 semuanya tahun ini.
5 lagi cawangan sedia ada ialah di :
Batu 7 Jalan Ijok
Simpang Kg Chengkau Ulu, Rembau
Stesyen KTMB Kluang
Jalan Tg Karang
Bagaimanapun , cawangan di Assam jawa ini sahaja yang mempunyai kemudahan pandu lalu.
Bulan puasa juga , waktu perniagaannya ialah dari jam 4 petang sehingga waktu berbuka puasa setiap hari.
Waktu perniagaan pada hari biasa ialah dari jam 11 pagi hingga 7 petang.
Oleh kerana keunikannya, ada juga pengguna jalanraya yang berhenti di sini semata-mata untuk merakamkan foto di sini.
Temubual ini dilakukan petang semalam, 5 Ogos 2012



















saya baca dari atas dengan laju dan penuh semangat, bila sampai kat gambar-gambar di bawah…. terus pangkah X
hahaha….
kenape nk pangkah? training mengundi ke? hihihi
semoga berjaya, jgn ada yg dengki sudah la..
wow nmpk sedap jerrrrr hihihu
tenang je baca yg atas2 tu. tp bila smpai kt gambar 19 ngn 20 terus gelak guling2.
haha…
Mmg terbaik….tpi masalah pada pengunjung yyang ambil gambar 2,mcm kenal…..masalah negara juga 2
saya nk berkenalan la dgn mereka, Apai Paus Putih kenal ke mereka?
macam best…
nak cuba jugak ni..
hoho.. memang unik. Syabas anak melayu.. Perniagaan yang baik.
Semoga terus maju. Kalau dapat buka cawangan di Brunei bagus ni.. hik3
pergh sangat hebat… tahniah… juga sangat bermurah hati bagi cendol percuma kepada golongan yg kurang bernasib baik… semoga tuan kedai dilimpahi rahmat dan keberkatan
Jalan penceritaan yang menimbulkan rasa ghairah utk membelinya. Tapi bila ternampak 2 abg yg biasa kelihatan sedang pose maut ala-ala model dalam majalah mangga, keghairahan itu terus hilang. Kesilapan kepada penulis blog kerana meletakkan gambar model sambilan seperti itu. Hahahahaha (mood : dengki tak bertempat)
Encik Azwan Muhamad kenal ke dengan mereka? saya pun nak kenal la… PM sent
Hehehehe.. cendol bakar ni waktu mula2 buka tak ada pandu lalu.. gerai tepi jalan biasa je tapi penuh pelanggan. Satu sebab free refill, satu sebab lagi ramai orang curious, bagaimanakah cendol itu dibakar? Ada yang kata Bakar tu nama tuannya. Tapi alhamdulillah semakin maju.
Kalau pergi lagi sampai ke Tanjung Karang, ada 2-3 gerai lagi menjual cendol, sama hebat. Dan alang2 sampai ke kampung halamanku, apa kata singgah di Pasar Basah Pasir Penambang. Pukul 4 ke atas setiap hari ikan segar akan sampai. Kalau bernasib baik dapat udang XXXL fresh, harga dalam RM50/kg tapi jamin puas hati..
Saya dah singgah di cendol bakar Rembau..terbaik…nasib baik lah takde abg2 model yg ala2 majalah Mangga mcm dalam entri ni..hahaha
Mana lokasi di Assam Jawa? Ada GPS koordinat? Ops Cari Cendol lepas Raya.
lazat betol..agaknya kalau dibuka smpai tgh mlm pun akan jadik port…marem
Mesti pilihhhh
nyum nyummm….menarik bunyinya. Tak sangka pemiliknya boleh terfikir akan idea ini. Bg saya, ianya satu pembaharuan n tak sabar utk pergi menikmati cendol bakarnya. Apapun, semoga bisnes ni akan terus maju di masa2 akan datang insyaAllah…apatah lagi, bila cendol2 ini diberikan percuma untuk golongan yg kurang upaya. Nampaknya, pemiliknya tidak memikirkan soal untung semata2..syabas. semoga lebih ramai peniaga di luar yang bersikap sebegini….
Assalamualaikum,
nasib baik baca entri ni malam…kalau tak, jenuh nak tadah air liur menitik…hu hu hu pasai apa jauh sangat! Entah bilalah ada peluang nak rasa …
MasyaAllah nampak lazat & sedap cendol ni, kalau ada ABC lagi kena, sempurna pakej =)
Ok la pandu lalu, jangan pandu laju sudah hehe
hahahahahhaha….kenapa saya tak nampak 4 gambar terakhir tu yer…..btw…semalam lalu kat sana…..pack kedai dia tu….rezeki masuk news kot…..terbaek boss….
Hebat!… saya sendiri pun tak pernah terfikir nak buat konsep camni. Yang biasa nampak dan kita guna hanya di McD, KFC dan Car Wash ajer… tau menikmati aje… hihihih… saya doakan agar perniagaan En. Arif ni bertambah2 maju dengan konsep sebegini…. =)
sekarang bayar zakat fitrah pun dah ada drive-thru. bole datang masjid sultan mizan (aka masjid besi) di putrajaya.
kg mak mentua saya di Bagan Datoh, kalau lalu depan kedai ni mesti tak boleh nak berhenti..orang ramai sangat adoyai
Cendol Bakar – teruja sbb nak tau apa tu cendol bakar… adakah cendolnya terbakar atau di bakar..
last2 hampa.. rupanya cendol biasa jer..
x sesedap yg pernah rasa di Taiping ..itu lagi kaw…
‘Rasa’ adalah perkara paling subjektif….sebab itu ada pepatah ‘beauty is in the eye of the beholder’
di mana lokasi dia.bhampiran UPM kew>?
Dekat dah ni kat kampung aku.. Tp tak pernah try lagi cendol ni. Minggu depan nk try rasa..
[...] melaka yang dibakar dan pelbagai bahan lain ditambah macam Nate-Decoco. Kemudian dorag siap ada drive thru counter lagi untuk [...]