Reality in Real Life

Allahyarham Azli Paat – Perginya Seorang Genius ICT dan Sahabat

Berita pemergian Allahyarham Azli Paat, yang saya kategorikan sebagai Genius ICT di negara ini, merupakan satu kehilangan amat besar kepada negara.

Azli Paat, 46 tahun ,Pemenang Anugerah Perdana Menteri ‘Best of the Best’ APICTA 2012, meninggal dunia malam tadi di kediamannya setelah mengalami demam panas selama 2 hari.

2 Feb 2006 - ke mana-mana, arwah sentiasa memakai baju DAPAT

2 Feb 2006 – ke mana-mana, arwah sentiasa memakai baju DAPAT

Arwah sangat dikenali umum terutama setelah terciptanya DAPAT (32728)  dan menjadi trend terutama dipelopori oleh Radio KL (KLFM) yang mencipta sistem keahlian untuk pendengarnya menggunakan nombor 32728.

Suaranya menjadi satu kemestian untuk didengari info-info mengenai ICT di pelbagai stesyen radio.

Dan , jika anda tahu Rakancop, idea mengenainya adalah  dari Azli Paat dan begitu juga apabila Azli mengasaskan mySMS 15888

Mengenali Azli Paat secara peribadi menjadikan saya amat kagum dengan arwah – dengan penampilan yang sangat sederhana, merendah diri dan seorang yang alim serta tidak pernah mengenal erti kalah dengan idea-idea yang sangat asing.

Sejak berkawan dengan arwah kira-kira 10 tahun, saya tidak pernah melihat atau mengalami situasi arwah berada dalam keadaan amarah, sakit hati, memburukkan sesiapa atau apa jua sifat negatif dan seorang yang amat penyabar.

” Shamsul, kau ada mana. Kalau free, aku nak jumpa, dua tiga benda nak discuss dengan kau.”

Itu antara dialog yang selalunya berlangsung apabila Azli menelefon saya dulu.

Azli juga tidak pernah gagal menghantar SMS jemputan rumah terbuka Hari Rayanya kepada saya.

Bagaimanapun, sejak setahun dua ini, saya tiada kesempatan bertemu arwah kerana kesibukan masing-masing, sehinggalah 2 hari lepas ketika saya hendak kemaskini senarai nombor telefon di dalam telefon bimbit, saya menemui nombor arwah dan bercadang untuk menelefonnya.

Tetapi saya tidak lakukannya.

Saya pernah sama-sama bertugas dengan arwah semasa satu Misi Kemanusiaan di Indonesia tidak lama dulu.

Arwah hanya membawa 3 beg – satu beg penuh dengan peralatan elektronik dan telekomunikasi, 1 beg laptop dan 1 beg lagi adalah beg pakaiannya.

Sejam sebelum saya berangkat pulang ke Malaysia, Azli memberikan saya beg pakaiannya itu untuk saya bawa pulang bersama kerana dia perlu tinggal beberapa hari lagi di kawasan bencana.

“Abis tu, kau nak pakai apa, semua kau dah bagi aku bawak balik?” saya sempat bertanya arwah.

“He..he…tak pa, aku pakai kain pelikat pun ok! Ada 2-3 helai lagi baju ni. Kau bawak balik, nanti aku sampai Malaysia, kita jumpa”

Bagi arwah, apa sahaja berkaitan elektronik terutama komunikasi, adalah sesuatu yang boleh dikembangkan (develop).

Hatta sehingga telefon bimbit Nokia 3310 yang skrin hitam putih itu pun dia boleh tukarkan menjadi gadget yang sangat kreatif.

6-7 tahun lalu, smartphone belum meluas penggunaannya di negara ini dan belum banyak model lagi dikeluarkan.

Samsung adalah jenama yang langsung tidak ada siapa yang mempedulikanya, dan tumpuan hanyalah pada Nokia.

 2 Feb 2006 - ketika  belajar mengenai 'lebuhraya' telefon bimbit

2 Feb 2006 – ketika belajar mengenai ‘lebuhraya’ telefon bimbit

Saya sempat belajar dari arwah mengenai teknologi telefon bimbit yang ketika itu masih lagi 2G dan dalam proses peralihan ke 3G.

Ayat yang saya masih ingat ialah :

“Di dalam telefon bimbit kita ini , ibarat lebuhraya yang bercabang-cabang. Banyak lebuhraya itu tidak digunakan kerana kita hanya tahu membuat panggilan dan SMS”

Maka belajarlah saya dari arwah mengenai ‘lebuhraya-lebuhraya’ itu membuatkan saya faham dan tahu mengenainya, dan dari situ terbitlah berbagai aplikasi ciptaan arwah yang ideanya sangat terkedepan berbanding zamannya.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Azli Paat.

Semoga rohmu dicucuri rahmat olehNya.

Al Fatihah

Nota : saya sedang mencari semula foto-foto kenangan bersama arwah untuk disiarkan di sini.

Sila baca juga di sini dan di sini mengenai arwah Azli Paat

13 Comments

  1. HAsnizam's Gravatar HAsnizam
    16/02/2013    

    subhanallah.. hilangnya sebutir permata untuk kita yang telah kembali ke rahmatullah.. semoga rohnya sentiasa diberkati Allah.. Takziah kepada keluarga allahyarham..

  2. 09/02/2013    

    al-fatihah buat arwah…. mia pun amat mengagumi arwah. takziah buat keluarga arwah..

  3. 08/02/2013    

    Salam Tuan…Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat ahli keluarga beliau.

  4. 07/02/2013    

    Alfatehah

  5. naz's Gravatar naz
    07/02/2013    

    Alfatihah. Amal jariah dan ilmu yang ditinggalkan Allahyarham akan dikenang selamanya dan semoga dikurniakan jannah tertinggi…..

  6. encik's Gravatar encik
    07/02/2013    

    Al-fatihah, saya kagum dengan ilmu yang beliau ada.semoga rohnya dicucuri rahmat.

  7. 07/02/2013    

    Al-fatihah… takziah buat keluarga beliau…

    Saya rasa kehilangan permata ini tidak akan ada galang gantinya…

  8. 07/02/2013    

    Allah lebih sayangkan beliau..Al-Fatihah..takziah buat ahli keluarga arwah..

  9. 07/02/2013    

    Al Fatihah untuk arwah dan takziah utk keluarganya

    Sayang perginya seorang yang berkebolehan dalam ICT
    telah meninggalkan kita..

  10. Kci's Gravatar Kci
    07/02/2013    

    Al fatihah untuk Arwah. Moga Allah merahmati roh hambaNya yang soleh ini. amin

  11. C++'s Gravatar C++
    07/02/2013    

    Bhai OnDScene…

    Gua pon berkawan ngan dier sejak 2000 kalu tak silap… Memang orangnyer baik… Al Fatihah buat dirinya…. Moga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosanya.

    Ameen

  12. ummiimtiyaz's Gravatar ummiimtiyaz
    07/02/2013    

    Assalam Tuan,

    Mood saya betul-betul down…sedih dan sebak sangat…memang benar orang yang baik ini selalunya sekejap sahaja dipinjamkan oleh Allah…suatu kehilangan yang sangat dirasai…Ya Allah terimalah kembali hambaMu Azli Paat dalam keadaan Engkau meredhaiNYa dunia dan akhirat…berikan sebaik-baik ganjaran untuk budi dan bakti kepada kami semua…Ameen

  13. hilmi's Gravatar hilmi
    07/02/2013    

    Innalillahi wainna ilahi rojiun..al fatihah..
    saya pernah dengar segmen arwah pagi2 di radio..semoga allahyarham ditempatkn dikalangan orang2 yg beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting