“Bang, ko ni ada bela hantu ke?
Itulah antara ayat yang selalu keluar dari mulut rakan lama, Mohd Nazudeen Mahmud, jurufoto Utusan Malaysia yang meninggal dunia 21 Jan lalu.
Ayat itu selalulnya keluar secara spontan dari mulut arwah apabila kadang-kadang kami berjumpa di lokasi tugasan dan hairan macamana saya boleh sampai dahulu terutama membabitkan kes jenayah di tempat kejadian.
Sebenarnya, arwah hanya bergurau dan gurauan itu kini sudah tidak akan kedenganran lagi.
Mungkin bagi pembaca, tidak mengenalinya, namun mungkin hasil kerjanya pernah anda lihat di akhbar Utusan Malaysia.
Dia merupakan antara jurufoto senior di Utusan dan amat disenangi oleh rakan-rakan malah boleh digelar sifu untuk shot-shot menarik dan kreatif bidang sukan.
Nazudeen merupakan antara contoh terbaik kepada jurufoto-jurufoto baru di mana banyak ilmu dicurahkannya tanpa lokek dan sentiasa bersedia membantu.
Sifatnya yang sentiasa merendah diri , walaupun dengan wajah yang berjambang, bermisai tebal dan berjanggut,menjadikan dia amat disenangi oleh rakan-rakan setugas dan rakan-rakan.
Di usia baru 38 tahun, Nazudeen meninggal dunia Khamis lalu akibat serangan sakit jantung setelah mengalami sesak nafas ketika di pejabat Utusan Malaysian dan disahkan meninggal dunia 12-55 di Pusat Perubatan UKM.
Allahyarham meninggalkan seorang balu,Zurainee Wahab 35 tahun, tiga anak iaitu Nor Atikah Hanim, 14, Mohd. Haris, 11, dan Nor Alisha Hani, 5.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh kira-kira jaml 6.50 petang.
Anda boleh baca entry mengenai arwah di blog-blog berikut:
Al Fatihah…


.jpg)









Innalillahiwainnaillahirojiun… Al-fatehah… semoga roh beliau berada dalam golongan yang dikasihi oleh-NYA…
takziah buat orang yg banyak berjasa dengan rakyat dari segi kewartawanan..bukan nak kata la…rupa paras arwah nak sama ngan bro shukur adan player bolasepak N9…