12 Cedera Parah Jatuh 50 Meter

Ampang, Selangor
25 ogos, 2008
25 ogos, 2008




12 pekerja warga asing, cedera parah setelah perancah besi tempat mereka berpijak, terjatuh di Ukay Perdana, Ampang petang tadi.


Mereka terjatuh dari ketinggian kira-kira 50 meter, ketika melakukan kerja-kerja menyimen di bahagian luar beberapa tingkat sehingga tingkat 11 sebuah tapak pembinaan kondominium.
Kawasan ini mempunyai beberapa blok kondominium dan rumah kedai yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.
Namun kerja-kerja pembinaan disambung semula kira-kira setahun lalu.
Siasatan awal pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP (DOSH) Selangor mendapati beberapa aspek teknikal tidak dipatuhi malah pemasangan perancah besi juga tidak dilakukan dengan betul.
Semua mangsa jatuh menimpa satu sama lain dan juga ditimpa dan jatuh di atas timbunan besi.
Sekurang-kurangnya enam ambulan dari Hospital Ampang, Jabatan Pertahanan Awam, Bulan Sabit Merah dan St John’s Ambulans bersama kira-kira 20 anggota perubatan bertungkuslumus memberi rawatan awal kepada mangsa.
Enam dari mangsa dihantar ke Hospital Ampang dan selebihnya ke Hospital Kuala Lumpur.
Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.











































