Kg Baru Sg Buloh
Sg Buloh, Selangor
31 Oktober, 2011
9.30 pagi
Kebelakangan ini, ‘minat’ untuk runtuh semakin kerap – dan terbaru pagi tadi – 3 cedera, 2 darinya parah setelah 2 tingkat beranda sebuah rumah dalam pembinaan runtuh.
Kejadian berlaku apabila ketiga-tiga mangsa, warga tempatan, sedang berada di beranda tingkat 3 apabila ia tiba-tiba runtuh.
Beranda tingkat 2 turut runtuh setelah ditimpa runtuhan dari tingkat atas itu.
Akibatnya, seorang mangsa cedera parah di kepala, seorang lagi parah di dada manakala seorang lagi cedera ringan.
Salah seorang mangsa yang tersepit kakinya dicelah runtuhan, dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk rawatan.

Menurut Timbalan Ketua Polis daerah Petaling Jaya, Supt Meor Hamzah Meor Mohamad, polis akan menyiasat dari segala aspek berkaitan kejadian ini.
Kerja-kerja pembinaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai.
Bangunan 3 tingkat ini dibina untuk dijadikan sebagai rumah kediaman untuk disewa dan kira-kira 80 peratus telah siap.















Aduhai..bangunan tak kuat ke atau yang buat bangunan tu yang tak mantap…hmmm..