Bangunan Runtuh -ramai Mangsa Terperangkap
SS 14 Petaling Jaya
28 Mei, 2009
Sebahagian bangunan sebuah supermarket yang dalam proses ubahsuai, Jaya Supermarket, runtuh dalam satu kejadian sebentar tadi.
Sebahagian bangunan mendap ke dalam tanah, dan difahamkan, ramai mangsa terperangkap di dalamnya.
Sebahagian lagi bangunan, dalam keadaan tidak stabil dan boleh kemungkinan turun runtuh.
Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat yang terdiri dari pelbagai agensi.
Kawasan diistiharkan sebagai kawasan bencana.
berita lanjut dan foto menyusul.
Post Lain Yang Berkaitan
8 Comments
You must be logged in to post a comment.



di ubahsuai?? mesti ramai pengunjung!! Ya Allah.. semoga tiada kematian. InsyaAllah
kesian diorang.. harap dapat tgk gambar kejadian.. tak dapat pi sana. sebab mesti sesak punya…
kepada author juga, takziah.. jgn duk keje kuat sgt.. kami paham kesedihan anda
saye dan rakan pergi ke tempat kejadian.. bangunan runtuh lebih kurang pukul 5.. saya yakin ramai yg terperangkap dlm timbunan concrete.. kerana ditingkat bwh mungkin terdapat rumah kongsi utk pekerja2..
apa yang saya tahu
bangunan tersebut telah dikosongkan sepenuhnya untuk proses pengubahsuaian
Harap tiada kemalangan jiwa
Bangunan tu memang diorang da tau tak slamat, pasal tu diorang bukak Jaya baru.. Tapi lambat sgt bertindak nak renovate jadi camni la..Buat susahkan kakitangan awam je..Sian diorang kene keje 24 jam
yggomuk- bgnan ni dah sethun tutup. sebahagian diruntuh dan dibina bangunan baru. tapi, kalau masih beroperasi, tak taula brp ramai pulak mgsa.
fadzly -tksh akan ingatan.
lokasi kejadian mujur bukan di tepi jln utama…
anon- ramai yg dpt menyelamtkan diri. tp setkt ni, sekurng2 4 mayat telah berjaya dikelaurkan.
faraulah – betul. bangunan tu sejak tahun lalu lagi dah dikosongkan.
fadzly- bangunan tu dah 30 tahn lebih. tapi, sebenarnya dan mungkin betul , bahawa runtuhan berlaku akibat beban terlalu berat menampung kita2 10 buah jentera berat di atasnya. dan gegaran hasil dari kerja-kerja meruntuhkan tu, menjadikan bangunan itu runtuh terus. maka, jimatlah compeny tu dari sewa jentera berat nak runtuhkannya. tapi, rasa, bala lebih besar akan menimpa kerana mungkin tidak mengikut peraturan ketika kerja2 dilakukan. harap kerajaan bertindak tegas, jgn senyap je lepas siasatan selesai. dan nyawa dahpun melayang. ini bukan bencana alam, tetapi bencana yang ditempah sendiri.
Hmm…Beginilah jadinya jika developer/kontraktor tidak mengutamakan keselamatan di tempat kerja…penguatkuasaan pun ‘lemah’…malas nk komen lebih2 sbb saya dh lali…biar diorg pikirlah sendiri.
ayahteh- seperti mana tower kren anda tu, saya pasti, byk benda yg tak kena dlm operasinya. saya ramai kawan2 dlm bidang ni (mungkin mereka juga adalah rakan2 anda), bagi mcm2 maklumat apabila berlaku kes2 kren tumbang. mcm2 diajarnya saya tentang teknikal dan jenis2 kren serta lesen dan siapa2kah yg berada di puncak tu…