Baru Sebut, Dah Jadi Betul-betul…- 1 Maut Runtuhan di Tapak Pembinaan
Jalan Ceylon
Kuala Lumpur
12 Feb 2009
Suratan atau Kebetulan…
Artikel sebelum ini sebahagiannya menjelaskan mengenai liputan di kawasan kemalangan di tapak pembinaan.
Semasa saya menerima maklumat, apa yang dimaklumkan, kes adalah tanah runtuh, dan saya dah terbayang runtuhan yang berlaku memang boleh menjadi berita besar, kerana berlaku di tengah-tengah ibunegara.
Tetapi, sebaik sampai, takde satu benda runtuhpun yang nampak, apalagi benda yang tumbang…
Rupanya, kejadian berlaku di dalam satu kawasan tapak pembinaan.
Dan seperti yang saya jangkakan, peristiwa begini merupakan igauan kepada pemaju atau kontraktor kerana ketika inilah wartawan akan menjadi musuh mereka yang paling utama.
Lihat foto-foto ini, dan bandingkan dengan artikel sebelum ini.
Apalah lawanya punggung mamat ni sehinggakan itulah arahan pihak terlibat supaya kes ini dilindungi dari lensa kamera.
Ini bukan lakonan dan ini juga bukan lawak jenaka.
Setiap apa yang berlaku, saya sertakan bukti, dan inilah bukti terbaru betapa kes kemalangan di tempat kerja, memang menjadi phobia kepada mereka yang terlibat.
Cuai, tidak ikut arahan, gagal mematuhi standard yang ditetapkan, antara punca ia berlaku dan sekaligus menjatuhkan imej kontraktor terbabit jika disiarkan oleh media.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang.
Dua pekerja sedang melakukan kerja-kerja penggerudian di dalam kawasan tapak pembinaan ini.
Tiba-tiba satu runtuhan tanah berlaku menyebabkan mereka tertimbus.

Akhirnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seorang manakala seorang lagi maut di tempat kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Norsalim Manan, warga Indonesia.
Ini merupakan projek pembinaan 3 blok kondominium mewah 43 tingkat, lengkap dengan tempat letak kereta dan kolam renang.
Tapi, inilah sahaja gambaran yang dapat saya berikan…
Selebihnya, pandai-pandailah jengok kat celah punggung tu…!!!
P/s – untuk makluman, tiada seorangpun anggota polis (bukan polis bantuan) yang melarang, menegah, menengking, menghalau, memaki, menyindir atau juga menahan kami dari membuat liputan atau mengambil gambar. Malah mereka dengan senang berbual dengan kami dan bertanya khabar. sebab, mereka tahu tugas masing-masing..
Post Lain Yang Berkaitan
8 Comments
You must be logged in to post a comment.



hahahah.. aku ingat aku dah masuk blog vogue the vazz u allzz sebab banyak sangat gambar punggung. Hahaha.. Tapi kalau kau terasa jantung berdegup lebih sikit pasal gambar tu, baik kau link kan blog vogue the vazz tu.. hahaha
Bro, bila tengok gambo bebudak reporter lepak lepak tu, aku teringat seorang kawan aku pernah kena cover tragedi tangki air pecah kat Flat Bukit Chagar tahun 90-an dulu, depa pakai baju batik sebab baru balik majlis, lantas menjadi bahan gelak.. hahaha.. lawak tul.
punggung saper tu bro…
kalo awek xpe gak..
hahaha…
haha.. ada yang kene cop ‘gay’ nanti ni.. bahaya entri ni.. hehehe.. joke..
neway itulah hakikatnya.. seperti yg dikatakan syam.. bila kecuaian mendominasi diri… ohtidak
hazrey- dey, bukan berdegup, nak terbelahak termuntah ade le…!!! aku ni cuma menceritakan yang on the scene, so, itule apa yg dapat di tengok…!!!
perkara sama pernah berlaku pd aku pd awal tahun 2000. kesnya melibatkan maut kereta jatuh dari kondo kat jln klang lama. masa tu pagi hari raya.jawabnya, aku cover kes tu dgn pakai baju melayu bersongkok bersamping lagi tengah2 panas tu, elok2 lepas abis sembahyang raya.
kaisu – masalahnya, itu bukan punggung awek…!!!
teka sape – bro , aku tau blog ini turut di baca oleh gay dan lesby, so aku pelbagaikan entry dlm ni…!!!
Wah..under cover!..under cover!..ni lah fungsinya reporter..to reveal d unseen ..
aku tgk kegebuan (atau keleperan untuk lebih tepat) punggung itu tanpa sedikit pn rs syahwat..
alhamdulillah…
bro ots..
tak cover story pasal lif sangkut selama setengah jam di putrajaya ke?
khabarnya ada VVVIP yang terlibat..
tchersally – tapi, ada yg menjauhkan diri dari kami… seperti dlm kes ini…
ahmad- hahah…!!! ok, nanti aku masukkan entry punggung spesis lain pulak!!!
jawa – kes itu ada dalam akhbar,iaitu PM dan beberapa VVIP lain.