Kabel Putus-2 Pekerja Binaan Maut Ditimpa Tong Pembinaan

Jalan Bangsar Utama
Bangsar
Kuala Lumpur
8 Feb 2009
Lagi kemalangan di tapak pembinaan.
Kali ini lebih tragis
Dua pekerja warga Bangladesh maut setelah dihempap sebuah tong bahan pembinaan yang terjatuh le atasnya.
Tong berisi bahan pembinaan seberat lebih satu tan itu menyebabkan seorang darinya pecah kepala manakala seorang lagi hancur berkecai.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2-45 petang tadi di Jalan Bangsar Utama, Bangsar.
Ketika kejadian, beberapa pekerja warga Bangladesh sedang bekerja di bahagian bangunan yang sedang dalam pembinaan ini.
Ia merupakan bangunan pejabat 38 tingkat yang lebih 50 peratus siap.
Di masa sama, sebuah kren sedang melakukan proses mengangkat sebuah tong untuk di bawa ke atas sarat dengan bahan pembinaan.
Bagaimanapun, ketika sampai di tingkat 22, kabel yang mengangkat tong terbabit tiba-tiba terputus lalu jatuh menghempap kedua-dua pekerja.
Akibatnya, serpihan daging mangsa bertaburan di kawasan sekitar dan ada sehingga ke jalanraya.
Polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam mengambil masa lebih setengah jam bagi mengumpul cebisan mayat mangsa yang bertaburan.
Polis bagaimanapun mengalami kesukaran untuk menjalankan siasatan apabila beberapa pekerja yang berkaitan ketika kejadian termasuk operator kren, menghilangkan diri.
Tinjauan di tapak pembinaan ini, ia merupakan bangunan yang dibina amat berdekatan dengan jalanraya.
Lebih mengejutkan, tiada langsung pagar yang memisahkan tapak pembinaan dengan jalanraya.
Manakala banyak bahan binaan diletakkan di tepi jalan dan kebanyakan dinding tidak ditutup dengan jaring.
Ia amat merbahaya kepada pengguna jalan dan orangramai kerana kemungkinan bahan binaan jatuh dan menimpa mereka adalah besar.
Menurut beberapa pekerja, pagar atau dinding dibuka kerana kerja-kerja pembinaan longkang.
Bagaimanapun, ia bukanlah satu alasan untuk membuka pagar dan sekaligus membahayakan orangramai.

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

  • Pada 2009.03.08 12:47, Anonymous menulis:

    hampeh…mujur tak kena skop tadi..sebelah ja ofis aku hehehe

    • Pada 2009.03.08 14:53, Hazrey menulis:

      hahaha.. tu mesti sebelah NST tu. hahaha.. standard tu.

      Bro, write an entry about kena scoop. Mesti best. :)

      • Pada 2009.03.08 14:59, Sulela menulis:

        Ngerinya…sapai hancur mangsa tu…

        • Pada 2009.03.08 20:29, shahpaskal menulis:

          wah..itu kat guni simen tu, percikan darah ke?????

          • Pada 2009.03.10 00:39, on the scene menulis:

            anon- da kena skop pun…!!!
            memang dekat sgt pun…

            hazrey – dlm 5 minit jalan, sampaile nst tu…
            memang tgh pikir nak buat bro, nanti aku goreng baik punya…

            sulela – nasib masa tu daging tak terpercik kat restoran seberang jalan…

            shahpaskal- betul, percikan darah tu bro

            • Pada 2010.01.08 10:07, hayatiharun menulis:

              Aduiii bang…tak seriau ke wat tugasan ni???Adehhhh!!!!

              • Pada 2010.10.03 10:51, mardieya menulis:

                saya sdg menyiapkan esaimen berkenaan dgn kemalangan di tempat kerja utk subjek OCCUPATIONAl SAFETY AND HEALTH…ini sgt membntu..trime ksh..

                You must be logged in to post a comment.