Jalan Loke Yew
Kuala Lumpur
30 Sept 2010
4.30 petang
Laluan keluar ibunegara arah selatan sesak teruk petang ini apabila sebuah kren tumbang – merintangi dua laluan jalan utama Jalan Loke Yew arah Cheras.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang – ketika kerja-kerja membaikpulih sebuah pusat beli-belah sedang dilakukan.
Dan, nasib baik ketika kren ini tumbang ke arah jalanraya, tiada membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.
Kren ini dipercayai tumbang setelah ia menjadi tidak seimbang ketika hendak melakukan kerja-kerja mengangkat bahan binaan ke bahagian atas tapak pembinaan ini.
Ia turut menimpa sebuah struktur besi yang diletakkan di tepi bangunan ini.
Bagi warga kota, kesesakan yang mereka alami ini, berlaku ketika kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke rumah.
Struktur kren ini akhirnya dapat ditegak dan dialihkan kira-kira jam 7.30 malam.















Kesian orang yang baru balik dari tempat kerja kan? Dah la penat, kena jem plak.
salam bang.
alhamduliLLAH tiada kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda…
tapi semalam memang teruk jem..sesiapa dari subang-kota damansara-sg buloh ke setapak ikut mrr2 mesti lambat masuk office
pihak yang berkaitan perlu ambil perhatian terhadap longkang2 yang tersumbat dek kerana sampah. disebabkan sistem saliran tersumbat,banyak jalan dipenuhi air.
semua entry ada komen zezebel. Bagus la haha
Setuju..
mujur pengguna jln raya x ada apa2….ni semua sbb kecuaian pekerja…mngkin overload loading atau kerang competent person kendali kren…fuhh..jln plak main road,klu terkena penunggang moto,bkn ke padah jwb nye….dri segi gambar,kren ni mcm overturning…so yg bertanggung jwb,SHO (safety and health officer)dan operation manager sbb can coz injury n fatality to others….minta perkara ni x blaku lg…
nasib baik tiada kemalangan jiwa/kecederaan…