Susulan Runtuhan Bekas Bangunan Jaya Supermarket

SS 14
Petaling Jaya
Selangor
29 Mei, 2009
Setakat ini, 3 mayat telah berjaya dikeluarkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang semalam.
Mayat ketiga yang ditemui jam 3-30 pagi tadi, hanya berjaya dikeluarkan jam 2-05 sebentar tadi.
Mangsa ditemui terperangkap di ruang tempat letak kereta di tingkat bawah.

Mayat pertama berjaya dikeluarkan jam jam 6-50 petang semalam, warga Indonesia bernama Mashor manakala mayat kedua ditemui jam 10-30 malam tadi.
Dan, difahamkan, sekurang-kurangnya ada 4 lagi mangsa masih terperangkap atau tertimbus di dalam runtuhan tersebut.

Dalam kejadian petang semalam, bangunan enam tinggi yang dahulunya menempatkan Jaya Supermarket, runtuh ketika kerja-kerja meroboh dan ubahsuai sedang dilakukan.

Runtuhan membabitkan kira-kira satu pertiga dari keseluruhan bangunan ini.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 hingga 30 pekerja sedang melakukan kerja-kerja sebelum proses merobohkan salah satu blok bangunan itu.

Dua pekerja cedera parah dalam usaha menyelamatkan diri ketika runtuhan berlaku.
Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih giat dilakukan membabitkan lebih 500 anggota penyelamat dari pelbagai agensi diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed

Antara yang terlibat termasuk Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia JPAM, Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat SMART, Rela, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, dan Unit Anjing Pengesan.
Bangunan Jaya Supermarket yang mula dibuka 35 tahun lalu, merupakan antara pusat membeli-belah yang pertama di Petaling Jaya ketika itu, terletak di Jalan Semangat, Seksyen 14 Petaling Jaya.

Ia kemudian ditutup baru-baru ini bagi kerja-kerja ubahsuai dan naiktaraf.

Dan difahamkan, beberapa jentera berat yang berada di atas bangunan ketika kerja-kerja meruntuhkan bangunan ini, menjadi punca kejadian ini berlaku kerana struktur bangunan ini tidak dapat menampung berat berlebihan jentera tersebut.

foto ini dari link berikut:

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

  • Pada 2009.05.30 00:47, kayteeze menulis:

    Kesian, ya… malang tak berbau..

    • Pada 2009.05.30 11:33, Anonymous menulis:

      Hmm…OSH Officer kena tengok la camana boleh jadi kemalangan ni. Mesti ada prosedur yg salah.

      Lama tak ke Jaya…Mula pergi dulu tahun 1987…lama weh..sebab itu yg terdekat dari Sek 17.

      Kesot Kesot

      • Pada 2009.05.30 12:26, ayahteh menulis:

        Hmm…Beginilah jadinya jika developer/kontraktor tidak mengutamakan keselamatan di tempat kerja…penguatkuasaan pun ‘lemah’…malas nk komen lebih2 sbb saya dh lali…biar diorg pikirlah sendiri.

        mmg dh sikap orang kita, nk tunggu dh jd kes besar mcm ni br kita nak sibuk kecoh kuatkuasa itu ini… :(

        • Pada 2009.06.02 10:41, ondscene menulis:

          kayteezee- semuanya, 7 meninggal dunia menjadi mangsa kejadian ini.

          anon- penguatkuasaan yang lemah mungkin merupakan salah satru faktor jadi terlepas pandang. dan sikap kontraktor yg mungkin tamak, atau langsung tdk pedulikan faktor keselamatan atau faktor perkiraan kejuruteraan yg salah dan tdk berpengalaman, maka inilah hasilnya.

          ayahteh- saya setuju dgn anda, kerana memang selalunya mcm tu lah, selagi tak berlaku tragedi sehingga meragut nyawa, sikap tak apa, tutup mata dan ambil ringan telah menjadi darah daging.
          apa susahnya, kontraktor kata , mereka ada duit nak bayar saman, kalau tak kena, untung besar, kalau berlaku mcm ni, baru lah tau musibahnya…

          • Pada 2009.10.03 13:15, airmien menulis:

            Assalamualaikum..saya baru jumpa blog nie dan ada nak kongsi sedikit gambar yg sempat saya ambil ketika duty sempena kejadian bangunan runtuh di PJ..

            Nie adalah link tersebut;

            http://airmien.blogspot.com/2009/06/pasaraya-jaya-seksyen-14-petaling-jaya.html

            You must be logged in to post a comment.