Perhatian
Putrajaya Link
28 Februari, 2013
2 petang
Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.
Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.
Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan
Nota: saya akan siarkan foto-foto di lokasi dan butiran lanjut menyusul
Persimpangan bertingkat Selangor Science Park 2 ini dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor PKNS dan merupakan laluan utama ke Putrajaya dan Cyberjaya dibuka kepada lalu-lintas pada Mac 2012.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, jambatan dan laluan itu telah ditutup kepada lalu-lintas berkuat kuasa 7 Disember lalu bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dijalankan pihak yang bertanggungjawab.
Perkara tersebut dimaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kepada beliau semasa lawatan yang dilakukan pada 7 Disember tahun lalu dan membuat keputusan untuk menutup jambatan itu dan laluan di bawahnya kepada lalu-lintas atas faktor keselamatan.
Satu warta ditandatangani (gazet) di mana jalan ini ditutup sehingga 31 Disember 2013 tertakluk kepada tarikh siap sebenarnya kerja-kerja membaiki jambatan tersebut.
Jambatan terbabit runtuh dipercayai berpunca daripada pergerakan pada salah satu tiangnya dipercayai akibat dari struktur tanah yang tidak stabil.
Bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa berlaku kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam.
Nota : untuk mengelakkan kekeliruan, jambatan ini bukan milik atau dibina oleh PLUS tetapi di bawah PKNS

















[...] SUMBER [...]
nah gambar..
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=384601301637155&set=a.110972815666673.15323.101881676575787&type=1
lagi satu..jalan tu mmg dah lama tutup pon..diversion road pon dah lama dah ada..berbulan2 dah..
Flyover itu sudah ditutup sejak tahun lalu untuk repair. Jangkamasa untuk repair 6 bulan. Sekarang mungkin ada delay untuk pembukaan
Ya betul…jambatan tu mmg nak runtuh…dah berbulan diorang buat jalan lencongan kat bawah tu…
kepada yg ikut laluan alternatif yg di cadangkan oleh PLUS tu, lepas plaza tol bandar saujana putra tu ada roundabout. jgn la redah mcm jalan lurus dgn laju. dah beberapa kali hampir berlanggar kat situ sbb ramai yg tak berhenti sblm masuk roundabout tu.
situ tak sesuai buat roundabout sebab main road dari highway ke highway…paling seswai buat traffic light. habih cerita
Aku dah pergi tmpt ni petang tadi dan sempat snap beberapa gambar untuk bahan siaran blog. Laluan ini sudah beberapa bulan ditutup. Pihak berkuasa sedang berjaga-jaga kemungkinan struktur kedua akan runtuh bila-bila masa. Kawasan ini memang mempunyai tanah yang lembut dan mudah mendap. Kemungkinan semasa pembinaan, piling tak cukup kukuh.
http://www.cywarputrajaya.com/jejambat-di-selangor-science-park-2-runtuh
Bukan takat dah hampir berlanggar.Dah banyak kali pun accidentnya. Kami penduduk Bdr Saujana Putra kena sgt hati-hati keluar kerja pagi-pagi
Hish, menakutkan.. sib baik dah tutup… uhuhuhu
Assalamualaikum,
Bernasib baik sbb tak ada nyawa yang hilang
As salam..sy amek pic jmbtn runtuh ni ye… credit 2 u..thnx yo…^_^
kalo dah nak runtuh….pun runtuh la…..Nasib baik takde kes kehilangan nyawa.
Tapi, sape akan bertanggungjawab dengan kes runtuh nie?
Kontraktor? Engineer? etc?? Atau salahkan Cuaca??