Apakah I C E ?

Ini bukanlah iklan promosi telefon bimbit, tetapi semata-mata untuk memberikan anda sedkit tips yang mungkin membantu anda diwaktu kecemasan.

Mungkin ramai yang telah mengetahuinya…

(Perhatian: 95 peratus telefon bimbit, mempunyai ciri ini)

1.Perhatikan betul-betul pada papan kekunci telefon bimbit anda.

2. Tumpukan perhatian pada nombor 5

3. Perhatikan betul-betul – bergantung pada model telefon, anda akan melihat garisan halus timbul di kiri kanan nombor 5 itu.

4. Ada juga yang merupakan satu titik kecil, atau permukaan yang berlekuk

5. Yang pasti, jika ada menyentuh dengan jari, anda akan dapat merasakan, papan kekunci nombor 5, berbeza dengan papan kekunci nombor-nombor lain.

Tahukah anda, mengapa hanya nombor 5 , papan kekuncinya begitu.

Ia sebenarnya direka khas untuk memudahkan anda menekan nombor 5 diwaktu kecemasan atau ketika telefon bimbit di dalam kocek, di dalam beg tangan tanpa perlu mengeluarkannya , hanya dengan sentuhan pada papan kekunci nombor 5 yang telah bertanda itu.

Jadi, bagaimana ia berfungsi?

Amat mudah.

Anda hanya perlu set kan nombor 5 sebagai ‘fast dail’, ‘quick dail’, ‘dail cepat’ atau apa saja panggilannya akan apa-apa nombor di dalam memori telefon bimbit anda.

Letakkan nombor yang anda gunakan sebagai nombor diwaktu kecemasan seperti ahli keluarga, rakan, balai polis atau apa saja.

Jadi, semasa kecemasan, dengan pantas, anda raba telefon bimbit anda tanpa melihatnya seperti di dalam kocek, setelah dapat merasakan ia adalah nombor 5, lakukan tekanan lama, dan nombor yang telah anda setkan, akan terus di dial oleh telefon bimbit anda.

Namakan nombor kecemasan itu sebagai ICE

I N C A S E of E M E R G E N C Y

Post Lain Yang Berkaitan

15 Comments

  • Pada 2008.10.22 01:55, black_canary menulis:

    thanks bro..info yg AMAT berguna…aku pun tak tahu benda ni

    • Pada 2008.10.22 04:18, hussin lempoyang menulis:

      NAMPAKNYA TUAN NI MEMANG AMAT BANYAK MASA LAPANG..

      SEMPAT BUAT KAJIAN MENGENAI PERKARA INI..

      TAHNIAH!!! MAKLUMAT YANG AMAT BERGUNA..

      • Pada 2008.10.22 05:52, on the scene menulis:

        sebenarya saya memang tiada masa lapang.
        menulis adalah sebahagian dari kehidupan dan kerjaya saya, jadi artikel2 yg saya buat, bukanlah menunjukkan itu adalah masa lapang saya…!!!

        sebenarnya, artikel seperti response time di bawah, saya hanya mengambil masa 15 minit untuk dicurahkan ke dalam blog ini.
        kebanyakan masa , saya berada di lokasi kejadian
        apa2pun, terimakasih byk2 kerana singgah di blog ini.

        • Pada 2008.10.23 00:46, jawa peranakan menulis:

          on the scene..

          berbaloi singgah di blog ni..

          teruskan perjuangan & selamat maju jaya..

          • Pada 2008.10.23 04:20, Abah menulis:

            Info yg berguna thanks. Cuma terpikiaq la jugak kebanyakan phone ada locking device atau pon auto lock. So still kena unlock jugak dulu hehe…

            • Pada 2008.10.23 11:35, on the scene menulis:

              betul tu abah, masalah juga ye…

              takpe, nanti saya pikirkan gadjet yang sesuai untuk bukak autolock tu tanpa keluarkan hp dari kocek…!!!
              sebenarnya, selain dari dalam kecemasan, no ice ini turut digunakan oleh anggota penyelamat, polis dan paramedik apabila mangsa yang dirawat sedang kritikal atau tidak sedarkan diri. No ice yang disetkan seperti keluarga /rakan terdekat akan digunakan untuk dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa mangsa.

              Tapi, jika nombor balai bomba atau balai polis yang diset, tak dapek den nak tolong…!!!

              • Pada 2009.02.23 02:59, bobaby menulis:

                oh..kaedah ICE ni dh lme dh..sejak sy kecik lg..mmg sy praktik kan pon..sbb pnh jd situasi time berlaku sy terlibat dlm acddnt..mmg time tu tgh blur..tgn menggigil2..nk dail no kt keypad hp tu pun x leh..so..sy press keypad “5″ lme2 then automatik panggilan sy disambung teros ke ayah saya..;)

                • Pada 2009.02.23 09:38, on the scene menulis:

                  dengan teknologi makin berkembang, paparan muka hp kebykn dah berubah dan byk yg dah guna touch screen
                  namun, kaedah ini masih ramai yg tidak tahu.
                  dan sekurang2 anda salah seorang yg dah dpt menafaat darinya…!!
                  tq lawat blog ini

                  • Pada 2009.06.05 08:26, any menulis:

                    http://www.themobiletracker.com/english/index2.html

                    you pun buat joke jgk noooo….

                    Ade yg real ke? Kalau ade plz let me knowww….Bayar pun xpe.

                    Syabas….slmt maju jaya…trskan usaha anda.Bolg anda diharap akan jd rujukan

                    • Pada 2009.10.12 14:30, Azlan Mahmud menulis:

                      Oh.. IC IC.. Tapi sekarang ramai guna touch phone dan pakai QWERTY keyboard. so x de la benda tu

                      • Pada 2010.01.17 04:24, eXception menulis:

                        Cool!! Info yang amat berguna….

                        eXception – Bukan Sekadar Blog Picisan

                        • Pada 2010.04.30 07:31, fatin shahar :) menulis:

                          woww..tak tahu pon….

                          mintak kebenaran nak letak kat blog sikit…tp janji tak kopipes :) ))

                          akan kredit kat blog ni nanti ye :) )

                          tq!

                          http://www.dearworld-fafa.blogspot.com

                          • Pada 2010.11.16 17:11, marquis menulis:

                            mcm mana nak detect laman wab yang pernah dibuka oleh seseorang. nak preview laman web tu. Mcm screen recorder la. keylogger saya dah cuba. Ok jugak le. Ni nak cara lain la pulak

                            • Pada 2010.12.16 15:53, cahaya keharuman menulis:

                              ^^ input menarik n berguna…keep it up!!^^
                              cahaya keharuman recently posted..Kenapa dengan BULU

                              • Pada 2011.07.27 19:14, mankuala menulis:

                                ingatkan In Car Entertainment

                                You must be logged in to post a comment.