Lebuhraya Persekutuan
Subang Jaya, Selangor
4 Januari 2013
8.50 pagi
Kadang-kadang kita pernah menghadapi suatu situasi di mana kita terserempak dengan mereka yang mengalami kesusahan di jalanraya.
Kita ada beberapa pilihan:
1- Meneruskan perjalanan dan tidak mempedulikan apa yang berlaku
2 – Menyumpah-nyumpah dan mengeluarkan kata-kata kesat kerana akibat dari kejadian itu, anda terlewat ke pejabat atau temujanji kerana menyebabkan kesesakan jalanraya yang teruk.
3 – Memperlahankan kenderaan, menoleh sebentar, dan meneruskan perjalanan. Ada juga yang sempat ‘snap’ foto sebagai ‘kenangan’ atau untuk diwar-warkan di dalam FB anda
4 – Berhenti, bertanya khabar kemudian meneruskan perjalanan
5 – Berhenti, membantu mana yang dapat kemudian meneruskan perjalanan
Ketika memandu dari Shah Alam menuju Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Persekutuan pada 4 Januari lalu, sebaik melepasi Plaza Tol Batu Tiga, kira-kira jam 8.45 pagi, satu kesesakan amat teruk berlaku.
Saya jangkakan sesuatu berlaku di hadapan kerana walaupun laluan ini memang terkenal dengan sesak, tetapi kebiasaannya kenderaan bergerak berlahan.
Kali ini, laluan terhenti dan bergerak perlahan sebelum terhenti beberapa ketika dan bergerak perlahan semula.
5 minit kemudian, ketika menghampiri susur Subang Jaya, beberapa kenderaan di hadapan mula menukar lorong dari laluan tengah menghala ke kiri atau ke kanan.
Benar, sebuah kereta Proton Waja mengalami kerosakan betul-betul di laluan tengah yang saya anggarkan mungkin telah lebih 15 minit berdasarkan keadaan sesak yang berlaku.
Saya berhenti di hadapan Proton Waja ini – dan saya lihat pemandu dan isterinya yang sedang memangku bayi berusia kira-kira sebulan di dalam kereta.
Perasaan kasihan terbit dari hati ini, terutama pada bayi yang tentu kepanasan di dalam kereta dan apa pula perasaan pasangan suami isteri itu yang menjangkakan tentu ada yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka.
“Mungkin bateri kereta saya rosak bang,” kata pemandu.
Bingung juga memikirkan bagaimana untuk memusing kenderaan saya ke arah bertentangan untuk membuat ‘jump-start’ kerana tiada ruang untuk saya berpusing.
Dan kebetulan, seminit kemudian, seorang anggota trafik melalui laluan ini dan berhenti untuk membantu.
“Ok, kita tolak kereta ini ke tepi dan kita cuba hidupkan enjinnya,” kata anggota terbabit yang saya tidak tahu dari balai trafik mana.
Maka kereta ditolak ke laluan paling kiri (tiada lorong kecemasan) dan saya dapat memusingkan kenderaan untuk membuat ‘jump-start’, setelah anggota trafik terbabit memberhentikan sebentar laluan di lebuhraya ini.
Malangnya, beberapa kali cubaan gagal sehingga menyebabkan bateri kenderaan saya juga hampir kehilangan kuasa.
Laluan telah mula lancar sedikit, tetapi masih terhalang kerana tiadanya laluan kecemasan untuk diletakkan kereta ini.
Akhirnya kereta ditolak lagi sekali ke bahu jalan supaya laluan tiada lagi halangan dan pemandu juga menyatakan, dia telah menghubungi rakannya untuk bantuan.
Saya tidak mahu menambahkan lagi kesesakan dan terpaksa beredar kerana kenderaan saya pula sekarang yang menghalang kerana berada di laluan kiri.
Saya dan anggota trafik beredar dan berharap mereka akan dapat bantuan seterusnya.
Sebenarnya, anda ada beberapa pilihan samada untuk membantu atau tidak, sekadar yang termampu…
Nota : Menurut isteri pemandu kereta, mereka dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur kerana bayi mereka sakit dan perlu mendapatkan rawatan. Agak terkilan juga kerana tidak dapat membantu pasangan ini untuk membawa bersama bayi comel itu ke HKL…














Allah… sedihnya bila baca nota kaki bro. Saya selalu cuba letakkan diri saya dalam keadaan mereka untuk cuba menyelami bagaimana perasaannya jika tidak dibantu oleh masyarakat sekeliling. Moga anak kecil itu akan kembali sihat spt sedia kala
Cara jump start terbaik, engin kereta yang nak jump out kena hidup dan kena tekan minyak utk kilasan alternator tinggi dan memberi kuasa lebih dari engin tak hidup atau idle biasa, wire jump kena goyang agak kasar ke empat2 point utk elak karat mengurangkan sentuhan dan menggagalkan jump start.
Jika telah lakukan dengan baik dan masih tak berjaya bermakna bateri kereta tu dah total out, tiada bateri yg total out tiba2, ia mesti telah beri tanda2 awal seperti susah nak start tapi masih boleh setelah beberapa kali mencuba, tanda2 awal kadang2 2 minggu kereta masih boleh start walaupun susah, jika pemilik abaikan tanda2 awal ni jangan heran jika ada org marah sebab kita menyusahkan org lain.
Sedih rasanya bila saya meletakkan diri saya di tempat pasangan tu, kerana saya pernah lalui hidup sebegini. Terpaksa bawa anak sakit ke hospital kerajaan, dan terpaksa melupakan tanda-tanda awal kerosakkan kereta, hanya kerana tidak ada wang untuk membayar kos-kos tersebut. Yang ada hanya usaha dan tawakkal, serta kesabaran. Saya doakan bayi mereka sihat sediakala, dan mereka dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Bagi Saudara Sham dan anggota-anggota trafik bertugas – SYABAS! – hanya tuhan dapat membalas jasa tuan-tuan menolong orang yang dalam kesusahan.
Bro you have a big heart – take care – also please whack those silly people who care more about their cars and not the safety of others as well as themselves
tabik spring kat bro…anggota trafik di lebuhraya persekutuan tu biasanya dari balai trafik pj.kalau tak silap sayalah.lepas tol batu tiga tu kebiasaannya dari IPD trafik shah alam
ble jd cm ni..sedih jgk xdpt selesaikan masalah org tu..
ape2 pn GOOD JOB BRO & BRO POLIS..
tahniah abg sham….punya hati nurani untuk membantu insan lain dalam kesusahan. semoga Allah jua akan membalasnya…..kesian juga kat baby tu yang sakit dan tentunya kepanasan…semoga tiada pengguna jalanraya yang menyumpah seranah pasangan ini ketiaka kesesakan tersebut..hari ni hari mereka..hari kita nanti entah bagai mana pula..
Saya pernah mengalami kerosakan di tgh waktu sesak. Saya bersama isteri dan 4 anak berada dalam kereta dan rosak betul2 di lorong tgh. Apa yg saya dpt adalah maki hamun dari pemandu dan pembonceng motosikal. Bukan nye hendak di hulurkan bantuan. Begini sikap orang malaysia. Cuba bayangkan anda berada di tempat itu. Sampaikan isteri saya menangis sebab tak tahan maki hamun dari setiap kenderaan yang lalu.
?Saya pun pernah kena maki masa kereta rosak tengah jalan.Tapi saya maki balik orang tu.Terus mencicit lari.Ha…Ha..
?Biasa bateri kereta macam ni terminal dia mungkin dah ada banyak kerak-kerak putih atau karat yang boleh menganggu aliran elektrik dari kereta yang tolong jump start tadi.Kalau dah pakai jumper tapi gagal jugak solution dia cabut terus bateri kereta yang ok tadi lepas tu pinjamkan sekejap untuk kereta yg rosak tu.Lepas dah boleh start bukak balik bateri kereta tu dalam keadaan engine on dan pasang balik bateri yang rosak tu ke kereta asal.
? Tapi banyak kerja sikitlah nak buat n satu lagi masa nak bukak n pasang bateri tu dalam keadaan engine masih on kena hati-hati supaya wayar terminal tu tak kena mana-mana besi pada bahagian engine atau spanar sebab nanti ada spark.
?Saya dah pernah buat benda ni.Nak jump start ni kekadang lama dan membosankan nak press-press minyak lagi.Kalau failed lagi hangin satu badan.
Sekian.
Thanks Reentry for the tips…
Anyway, kalau saya lalu situ pon belum tentu saya tolong (dgn keadaan rushing nk pegi keje)
Tp saya tak sure Abg Sham samaada ada urusan kerja penting ke tak…
kalau lah saya ada urusan kurang penting, insyaAllah saya akan berhenti tolong…
maki hamun tu ada org yg tak pernah menghadapi situasi sebegini…kalau jadi kat dia, baru dia boleh pikir…
Tahniah Abg Sham and Polis Trafik…
salam…
saya pun pernah ada pengalaman macam ni di Setiawangsa. agak ramai yang “prihatin” dan sanggup “membantu” menengok sahaja, tanpa melakukan apa2. elok saja berhenti di traffic light depan masjid, kereta saya tak boleh start (kereta Malaysia bro… Proton Savvy pulak tu… dari AMT jadi MT… hantar Proton pun tak tau apa depa nak buat…). Nasib baik saya telefon kawan2 yang ada di area Setiawangsa/Wangsa Maju, Alhamdulillah, dalam 5-10 minit, rakan2 datang menolak kereta ke Caltex, sambil trafik di hadang oleh kawan2 lain.
Pendek kata, Malaysia memang boleh… boleh tolong tengok, gelak, maki dan hamput atas kesengsaraan orang lain.
(like)