Reality in Real Life

Kereta Rosak Di Harijadi

image

KM 20 Jalan Lingkaran Tengah 2
Hulu Kelang, Selangor
9 Julai 2014
9.15 pagi

Apabila berlaku sesuatu kepada kenderaan kita, yang paling penting – jangan panik, dan jika dapat, segera keluar dari kenderaan anda.

Samada kenderaan anda rosak, atau kemalangan, yang penting diri anda dan mereka yang bersama anda – selamat atau berada dalam kedudukan selamat.

image

Paparan ini saya perincikan dalam situasi jika kenderaan anda mengalami kerosakan, dan anda pula berseorangan.

Jika kenderaan anda rosak dan kedudukannya mungkin mengganggu lalu-lintas, segera keluar dan lakukan langkah-langkah berikut:

image

1- Pasang lampu ‘hazard’ – ianya percuma, cuma tekan punat/suis. Cuba belajar untuk kenalpasti di manakah kedudukan suis itu.

2- Buka bonet hadapan/belakang – untuk memberikan penunjuk kepada pemandu lain yang kenderaan anda rosak. Pastikan anda tahu bagaimana untuk membuka bonet hadapan terutamanya.

3- Keluarkan apa-apa penanda seperti penanda segitiga kecemasan, dan mungkin boleh tambah dengan apa-apa objek seperti botol, beg atau kotak dan letakkan pada jarak sesuai kira-kira 3-10 meter dari kenderaan anda.

4- Telefon bimbit- pastikan kredit mencukupi atau talian tidak di’bar’. Telefon pada ahli keluarga, rakan atau yang anda kenali terutama yang paling hampir di lokasi kejadian.

5- Telefon – ini ramai yang terlupa. Pada cermin kereta terutama pada stiker cukai jalan, biasanya terdapat nombor hotline ejen insuran anda. Walau apa namanya – ianya biasanya berkaitan dengan nombor talian kecemasan untuk bantuan seperti trak penunda. Anda membayar insuran , tetapi ada yang ragu-ragu untuk menelefon meminta bantuan.

6- Jika kereta anda baru dibeli, telefon pusat bantuan kenderaan anda. Mereka akan cuba membantu lebih-lebih lagi jika kereta masih dalam jaminan.

7- Talian kecemasan 999 – anda telah putus asa, lokasi kereta rosak nun agak terpencil, waktu tengahmalam, salakan anjing, serigala, sayup-sayup kedengaran, hujan renyai-renyai. Sebelah kiri kawasan perkuburan, manakala di kanan kawasan belukar. Cemaskah anda? Jika benar anda cemas, seram, ngeri, takut – dial 999 untuk meminta bantuan. Tiada siapa yang boleh marah anda.

8- Tiada kredit – tidak mengapa, talian kecemasan tidak memerlukan telefon bimbit anda mesti ada kredit di dalamnya. Anda juga boleh mendial no 112 untuk kecemasan. Tetapi jika bateri telefon anda telah kehabisan, mungkin anda boleh meminta bantuan sesiapa yang kebetulan berada di kawasan perkuburan di sebelah kiri. Ketika itu jam 2 pagi…

image

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi, ketika memandu dari arah Ampang menuju Batu Caves, saya berselisih dengan sebuah Toyota Vios – diparkir dengan lampu ‘hazard’ di lorong kecemasan dan sebahagiannya berada sedikit di laluan paling kiri.

Melepasinya, saya terfikir kedudukannya agak merbahaya dan mungkin kereta ini rosak di laluan bertingkat mendaki ini.

Saya mengambil keputusan membuat pusingan di hadapan dan sampai semula di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Seorang wanita berada di dalamnya dan setelah perkenalkan diri, saya meminta dia keluar kerana situasi agak merbahaya.

image

Dan alangkah terkejutnya pemandu apabila saya maklumkan, terdapat tumpahan minyak menunjukkan berlaku kebocoran pada bahagian enjin kereta.

image

Saya membuka bonet hadapan dan belakang Vios ini dan mengeluarkan segitiga kecemasan untuk diletakkan di belakang kereta.

Setelah menjelaskan semua keperluan itu perlu dilakukan segera, saya meminta pemandu menelefon pihak Toyota untuk meminta bantuan.

Sher Lyn, 21 tahun, sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Cheras ke kolejnya – TAR University College di Setapak.

image

Kira-kira 45 minit kemudian, bantuan dari pihak Toyota tiba dan mengangkut kereta ke pusat servis di Taman Midah.

image

TODAY IS MY BIRTHDAY…

”Ha..ha.. at least you’re the only person that celebrate birthday here…”.

image

Mungkin tips-tips ini anda semua telah tahu, jadi sekadar ‘refresh’ kembali , dan kunci paling utama :

                                             JANGAN PANIK

image

Nota – tumpahan minyak ini boleh mendatangkan bahaya pada penunggang motosikal terutamanya. Yang terbaik ialah menaburkan habuk papan di atasnya. Tetapi mana nak cari – boleh gunakan pasir dan taburkan di atasnya.
Jika tiada pasir , alternatif lain, boleh gunakan suratkhabar untuk menyerapkan minyak tersebut. Paling tidak, anda ada inisiatif dan tidak meninggalkan begitu sahaja.

image

Posted from WordPress for Android

4 Comments

  1. norzen_bp's Gravatar norzen_bp
    16/07/2014    

    happy birthday lengloi

  2. Amir's Gravatar Amir
    11/07/2014    

    Nice job Bro! bantu membantu tak kira siapa. semoga mendapat rahmat Allah berlipat kali ganda di bulan yg mulia ini.

  3. nazirul's Gravatar nazirul
    09/07/2014    

    assalamualaikum….lme x comment kt sini…..mntak share link ye bang?
    tips2 berguna ni….
    hari jumaat lepas pon sy terserempak dgn 1 kereta b/down di lane 3 dkt jln lama p LCCT….time tu bru blik keje…..sy tgok 2 prempuan melayu msih dlm kereta n xtau nk buat ape bile dlm keadaan mcm ni…..
    sy slalu bgtau dgn isteri sy kalu ape2 jd tgh jln bwak brg2 pnting kua n tggu tpi jln smpi bntuan dtg…..jgn dduk dlm kete sbb merbahaya.

  4. Laily's Gravatar Laily
    09/07/2014    

    7/7/2014 saya mengalami keadaan yang sama. Bateri kereta ‘kong’ dan mati betul-betul di tengah jalan (2 hala) dan di laluan paling sibuk di kala waktu puncak. Saya panik tetapi kembali tenang selepas ‘teringat’ berbakul-bakul nasihat dari en sham di blog ini mengenai ‘kereta rosak’ ‘segitiga kecemasan’ dan lain-lain. Amat berguna kepada saya di kala kecemasan. Tidak rugi khatam blog ondscene. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Disclaimer/Penafian

WARNING !
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable

While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.

Loading

Archives

Categories

Malaysia Web Hosting