Part 1-Fakta Mengenai Wartawan Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

fakta ini untuk santapan minda mereka yang berminat untuk mengetahuinya…!!!

1. Tahukah anda, wartawan itu hampir keseluruhan kariernya ,kerjanya menulis dan menaip.

2. Sedarkah anda, bukan semua wartawan kerja mereka keluar mencari berita, tetapi duduk dalam pejabat, menunggu berita.

3. Tahukah anda, jika wartawan jenayah ditugaskan membuat liputan majlis perkahwinan artis, maka majlis perkahwinan itu jadi kecik, tapi keracunan makanan masa majlis tu boleh jadi front page.

4. Tahukah anda, jika wartawan hiburan yang buat liputan majlis perkahwinan artis, jika ada keracunan makanan, kalau boleh ia hanya ditulis kecil dan mungkin tidak disebut langsung, kerana ada antara mereka adalah ‘anak emas’ artis tersebut.

5. Tahukah anda, jika wartawan meja bisnes tiba-tiba ditugaskan untuk buat follow-up masalah penduduk kerana tangki najis pecah, mereka sanggup ambik mc tak nak pegi buat coverage tu.

6. Tahukah anda, ada wartawan yang dah ‘booking’ awal-awal, mana-mana tugasan yang kononnya mereka xpert, dan hubungan baik dengan ceo-ceo syarikat itu, hinggakan, takde wartawan lain layak untuk pergi. Kesimpulannya, lepas dia…dia…then dia lagi..then lagi…maka, diaaaaaaaaaaaaaaaaa je lah yang cover…

7. Tahukah anda, ada ketikanya, tugasan wartawan adalah menonton filem, mendengar lagu – iaitu ketika press-preview filem baru atau pra-dengar album baru.

8. Tahukah anda, wartawan senior biasanya pandang lain macam pada wartawan baru yang baru nak mula buat coverage seperti PM, TPM dan beberapa menteri.

9. Tahukah anda, wartawan meja bisness biasanya akan pulang ke pejabat dengan membawa pelbagai cenderahati, beg mengandungi bermacam-macam benda termasuk press-release, dan dengan bangganya meletakkan di atas meja, walhal semua tu boleh disimpan di dalam kereta mereka.

10. Tahukah anda, wartawan meja mahkamahlah satu-satunya yang bila balik ke pejabat setelah membuat liputan, tidak akan membawa apa-apa cenderamata, apatah lagi kalendar tahun baru ataupun diary kerana tiada siapa yang nak bagi mereka.

11. Tahukah anda, wartawan sukan tetap akan pergi buat liputan mengenai latihan skuad bola Malaysia di padang, tetapi bila balik pejabat, rupanya, stori padang bola yang lubang sana-lubang sini, rosak sana, pecah sini yang akan jadi tajuk…!!!

12. Tahukah anda, ada wartawan dari meja lain (seperti bisnes, hiburan, sukan, politik, am) akan menyoal-siasat wartawan jenayah yang baru pulang dari coverage rampasan hp, dvd atau barang tiruan semata-mata untuk mendapatkan bahagian sedangkan wartawan jenayah tak pernahpun dibagi atau minta diary yang mereka dapat…!!!

13. Tahukah anda, ada wartawan lain, tak percaya yang sebenarnya wartawan jenayah tak dapatpun hp yang dirampas kastam itu, atau dvd rampasan KPDN-HEP itu sehinggakan ada yang sanggup buat pemeriksaan dalam kereta wartawan jenayah takut mereka sorok dalam kereta…!!!

14. Pernahkah anda terfikir, kadang-kadang berita yang kita anggap besar dan menarik, tetapi bila dah buat coverage, sampai di pejabat, bos tak pandangpun…!!!

15. Tahukah anda, betapa sakitnya hati wartawan itu, apabila dia dah goreng stori cantik-cantik, sampai 18 para, dengan 3 foto paling bagus, tapi, bila keluar, bos dah cantas, jadi 3 para, tanpa foto…

16. Tahukah anda, dari 98 keping foto yang disnap oleh seorang jurufoto dalam sesuatu tugasan, hanya satu sahaja yang akan disiarkan, 97 foto lain samada akan di delete atau 5 akan akan disimpan sebagai arkib/rujukan.

17. Tahukah anda, ramai jurufoto akhbar akan bengkak jiwa, sakit hati, rendah diri dan bengang apabila dari 125 foto yang mereka snap, bos akhirnya akan guna foto dari Bernama…dan ada juga yang guna foto dari agensi berita luar seperti Reuters…

18. Tahukah anda, ada wartawan yang memenangi anugerah itu ini, sebenarnya adalah tuah mereka kerana mereka sahaja yang buat stori itu…!!!

19. Tahukah anda, ada akhbar tidak diterbitkan pada hari-hari tertentu seperti sehari selepas Hari Raya, tetapi, bilik berita TV tidak pernah berhenti dari menyiarkan berita sepanjang tahun.

20. Tahukah anda, ada wartawan memandang rendah kepada wartawan lain seperti terhadap wartawan jenayah yang ke lokasi yang sukar, mencabar dan meloyakan, tetapi akhirnya mereka malu sendiri, kerana stori wartawan jenayah itulah yang akan jadi front-page keesokannya.

21. Tahukah anda, ada satu ayat yang membuatkan, semua wartawan akan ternganga apabila balik ke pejabat dan memberi macam-macam alasan akan kegagalan sesuatu tugasan.
Bos akan berkata: Kau jangan cakap banyaklah, aku dah buat semua tu dulu, lebih teruk dari ni. Itupun kau tak boleh buat…

22. Tahukah anda bahawa senarai ini ada 486 lagi yang tak sempat nak saya taip di sini…!!!

LAST BUT NOT LEAST :
tahukah anda, ada antara artikel dalam blog ini, diguna dan disiarkan oleh media lain setelah mendapat izin dari saya…!!!hehehe…

Salam buat semua wartawan dan jurufoto/jurukamera…!!!
Jangan marah bro..aku ni tulis apa yang aku tau…

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

  • Pada 2008.12.28 09:18, manlukeman menulis:

    betula la tuh bro..

    • Pada 2008.12.28 09:20, Superzac menulis:

      Very well said…betul sangat..hehehe!

      • Pada 2008.12.28 09:26, Superzac menulis:

        Oh yea lupa…kalau gi CNN punya event, goodie bags dia masyhuk wooo…Dapat webcam…kaya betul

        • Pada 2008.12.28 10:46, Hazrey menulis:

          Hear ye hear ye, the budak sewel dah menulis lagi.. hahahah

          But the most sewelest and coolest.

          Betul bro, zaman aku wartawan kecik dulu, jeles gila babi tengok reporter senior yang bawak balik souvenir. Tapi betullah bro.. aku berdekah dekah ketawa baca entry kau ni.. kah kah kah

          Tapi no.13 tu memang klasik bro, sebab aku buat 999 kat johor ni. Tak perlulah aku cerita pepanjang sebab kau dah tulis dah.. tengkiu tengkiu.. kah kah kah kah kah

          Yang no 15 memang klasik sebab aku pernah attached kat paper, dan pernah pulak aku goreng lima para jek, tiba tiba jadik lead front page!! Kah kah kah.. Klasik beb!!

          Tapi bro, no 10 tu penipu sikit.. diaorang ada bawak balik something. Bawak balik sumpah seranah atau tendang terajang dari sedara mara, anak, rakan, jiran tetangga dan bodyguard yang taknak OKT (orang kena tuduh) masuk TV atau diambil gambarnya.

          Last but not least: LONG LIVE WARTAWAN CRIME !!!!!!! YEAHHHHH.. LONG LIVE US !!!!

          p/s: Tapi aku dah confirmkan kau, persatuan sewel, aku lantik kau jadi pengerusi tau. Aku ahli biasa jek.

          • Pada 2008.12.28 11:15, Hazrey menulis:

            Ehh wait, no 20 best.

            Memang dipandang rendah, sebab:

            1. ada eye bag,
            2. jerawat banyak
            3. kekadang rambut kusut masai
            4. baju kekadang tak bergosok
            5. balik kasut berlumpur
            6. sangkut pouch bag cap ayam
            7. cuma kenal polis trafik, polis biasa, kpdnhep, jabatan agama, orang court etc. kalau terserempak dengan Mawi atau Imran Ajmain, kita kenal dia, ya kita kenal dia, tapi MALANGNYA diaorang tak kenal kita untuk depa turun salam dengan kita. Kah kah kah kah.. Hadap ker? Hahah
            8. setiap kali raya, kalau nasib kita baik, kita dapat kad raya, kekadang kita terpaksa antar kad raya kepada diri sendiri sebab takut orang cakap kita tak ada kawan, sebab kita cover orang mati, so susahlah diaorang nak bagi kad raya kan.
            8. Kita tak ada ruang untuk gosip pasal polis mahkamah, polis trafik atau anggota KPDNHEP kalau kita tak suka kat diaorang. Dan kita tak boleh guna nama samaran, sebab sure kena gelak dengan pakcik kat rumah mayat atau anggota forensik. Imagine, kau pakai nama Ayam Jantan ke, Kesot Kesot, Benang Kait, Mesin Jahit Cap Singer. Bayangkan itu.
            9. Kita tak boleh duduk kat restoran mewah sebab kekadang kat situ tak de line phone atau bercakap kuat kuat dengan source kita (sebab biasanya source kita ni ada masalah gegendang telinga) dan kita hanya layak lepak kat warung atau yang paling hebat, kopitiam. (tapi kau tak boleh duduk kat kopitiam sebab kau baru hentam diaorang, dan persatuan diaorang dah letak muka kau, jangan kasi masuk.. haha).
            10. Kita cuma dikenali oleh tokeh ekor haram, DVD tiruan, pengunjung yang kena tangkap sebab urine positif dan pasangan yang ditangkap ketika sembunyi bawah katil atau tepi tingkap ala ala Spiderman.

            Hakikatnya, itulah kita. So, janganlah complaint bro. Yelah, gila ke apa, nak pakai Prada, LV pergi cover Indon kena tangkap kat kongsi? Hahahahahah

            • Pada 2008.12.28 12:10, on the scene menulis:

              manlukeman – man, itulah kenyataannya…

              zack – aku paling besar pun dapat goodies ialah seterika, masa tu cover panasonic. adala dalam 10 tahun lalu…!!!

              harrey – bro, aku ni memang da lama sewel pun!!! sewel dalam mencari bahan berita yg org lain tak buat, tapi aku buat. sebab tu, dalam kebanyakn lokasi, org tak kenal aku, sebab aku ni low-profile.
              bila ada budak2 baru 2, 3 bulan baru jd wartawan, pandang semacam kat aku, mcmla aku ni baru 2 hari kerja…
              tapi, apa aku peduli, bukan aku mintak intro dari dia orgpun…!!!

              pasal crime tu, aku sokong 1000 peratus.semua betul, sebab itulah realitinya. source kitapun, biasanya underground or undercover,. itu OSA bagi kita untuk dedahkan.
              dan memang benar, kalaulah hang terjumpa saper2 buat crime, makan kat hotel ke, cafe mahal2 ke, itu dah kira pelik.
              anyway, crimelah yang menjadikan berita itu menarik- kejadian realiti tanpa ada hearsay atau reka-reka.

              • Pada 2009.10.01 08:56, ??? ???? / PENA MINANG menulis:

                mintak copy paste…..best plak artikel ni…heheheh

                • Pada 2009.11.30 06:11, hayati menulis:

                  mmg betulah org ckp wartawan ni mmg bnyk modal!!!!

                  • Pada 2010.03.03 13:32, Qamal menulis:

                    akummm…orait gak info ni….baru gua tau wartawan nie ada mcm2 kategori ek….TQ..!!!

                    You must be logged in to post a comment.