ini adalah sambungan entry di bawah
23. Tahukah anda, jika seorang wartawan yang bukan wartawan hiburan, sedang lepak kat kedai mamak ke, terserempak dengan mana-mana artis lelaki pompuan sedang bermanja-manja, bergesek idung, ia bukanlah satu berita. Malah, perlakuan itu menjadikan orangramai dan wartawan tersebut menjadi bertambah menyampah. Tetapi, sebaliknya, bagi wartawan hiburan, ia adalah stori besar yang mesti diperbesarkan…!!!
24. Tahukah anda, begitu juga sebaliknya, jika seorang wartawan hiburan dalam perjalanan ke pejabat, ternampak asap tebal 3 kilometer darinya,yang dipercayai kebakaan rumah, dia akan buat tak tahu je. Sehinggalah, tiga jam kemudian, apabila terserempak rakan wartawan jenayah kat kantin, dengan sardinnya, wartawan hiburan akan berkata:
“Man, aku lupe nak bagitau kau. Tadikan, aku nampak asap teballll sangat. Aku ingat kau dah tau…”
25. Tahukah anda, 5 jam kemudian, wartawan jenayah tu akan bertemu kembali wartawan hiburan tadi di kantin yang sama:
“Sherry, rumah yang terbakar tadi tu, rumah artis XYZ… kawan baik kau…”
26. Tahukah anda, ada wartawan yang akan melenting jika rakan dari media lain dah skop stori, Sumpah berbakul-bakul, padahal pagi tadi baru je minum sama-sama. tapi, dia tak sedar, yang dia skop kawan tu dua hari lepas, member tu tak kisahpun…
27. Sedarkah anda, ada wartawan yang buat muka 5 sen masa pc, macam takde apa-apa berlaku, tapi, esoknya, stori dia keluar frontpage tajuk utama.
Rahsianya? Wartawan itu follow menteri atau ceo sampai pintu lif, pintu kereta, kat tangga, semata-mata nak tanya soalan cepu emas yang kawan lain tak boleh tau…
28. Tahukah anda, apakah sebabnya, jika ramai wartawan di lokasi majlis, kes jenayah atau di kampung-kampung, orangramai akan lebih menyebut TV3 berbanding stesyen TV lain…
29. Pernahkah anda terfikir apakah ayat paling popular di kalangan wartawan setelah selesai sesuatu majlis, pc atau kenyataan?
“Apa intro kau?…”
30. Tahukah anda, bagi wartawan yang malas berfikir, atau takut menanggung risiko dari tulisannya,kehadiran wartawan dari Bernama adalah sesuatu yang amat dinantikan…
31. Tahukah anda, ada wartawan amat pantang, benci dan bengang apabila keesokannya, dia terpaksa membuat follow-up stori wartawan lain, atau stori dari media lain.
32. Tahukah anda, wartawan dan jurukamera TV akan datang ke lokasi biasanya menggunakan kenderaan syarikat mereka bekerja. Tetapi, ada wartawan akhbar, datang dengan hanya menaiki bas, lrt atau teksi…
33. Penah kah anda menumpang kereta wartawan? Keadaan dalam kereta mereka biasanya digelar Alam Flora…
34. Ada wartawan akan melenting jika kisah peribadi mereka disiarkan di dalam media dan akan mengeluarkan pelbagai perkataan kepada wartawan yang membuat berita mengenainya. tetapi, mereka tidak sedar, selama ini, mereka jugalah yang menelanjangi oranglain…
35. Tahukah anda, apakah perasaan wartawan apabila mereka dihalau dari sesuatu majlis, keramaian ataupun situasi? Bagi sesetengah wartawan, kejadian mereka dihalau itulah yang akan menjadi tajuk atau intro stori mereka nanti tanpa susah payah memikirkan apakah intro lain…!!!
36. Tahukah anda, wartawan jenayah biasanya jadi tempat rujukan wartawan meja lain jika ada artis ke, dato ke atau vip ditahan, dibunuh, didakwa.
37. Tahukah anda, bukan sahaja sesama wartawan, malah VIP, pegawai2 kanan , agensi2 berkaitan atau rakan taulan, sahabat handai, sedara mara, akan menelefon wartawan untuk bertanya:
saper artis kena tangkap khalwat tu
saper yang kena cekup tu
saper, siapa, who dan whom…
38. Tahukah anda, byline merupakan penghormatan kepada penulis sesuatu berita. Tetapi, kadang2, ada juga yang sempat menempelkan nama mereka di barisan nama-nama yang buat coverage sesuatu kes besar…sedangkan, mereka tak buat apapun…
39. Tahukah anda, jarang wartawan menjadi kaya-raya kerana kerjaya mereka. Tetapi, ramai yang menjadi kaya-raya kerana berita, tulisan atau rencana yang wartawan tulis.
…bersambung…








No 29,30 and 33….You are right on lah bang…kena sebijik sebijik kat I hahahahaha!
zack, u ni kelakar le….rasa yg no 33 tu, kebanyakan memang mcm tu…!!!
Err…Camana pulak wartawan politik lapor berita ahli politik lain di cakap lain yg keluar…atau putar belit berita?.
Kesot Kesot
Kau menyindir aku ehh kat no 28. Agak agaklah bro, nak sindir pun letaklah nombor awal sikit. Kah kah kah kah kah.. The return of the sewel. Keh Keh keh. Tapi nok, apa kau cerita ni nok, aku tak paham lah nok, aku cover entertainment jek.
No 30 tu.. ekekekekek, terbongkar rahsia.
You know what, aku akan pakai list kau ni untuk difaxkan pada semua pejabat press. Akakakakakakakakkakaakakka.. cibailah kan entry kali ni.. tapi betul bro, memang cool lah kau ni, nanti aku datang kl, ko belanja aku minum ehh sebab puji kau banyak dah ni.
Ini ada pulak pakai nickname aku bagi kau ni.
Kesot kesot, senang jek, tape recorder dia rosak so dia berpandukan apa yang dia tulis kat notebook dia yang kekadang dia sendiri tak paham. Paham tak?
banyak cari rezeki nak suap ke mulut tu kena tanya gak yang ARIF haaLALLLLLLLLLL ker tak..betul tak muslimin muslimat lain laabukan muslimin.. JUAL GOSIP tu mcm mana..nak tanya dalam etika wartawan ada etika ISLAM tak di ajar di KOLEJ? mana tau tulis cerita tak betul org tak MAAF tak halal..
anon – biasanya, penulisan berita politik atau lebih tepat ulasan politik adalah berdasarkan pemikiran atau kesimpulan dari intipati kata2 ahli politik. ia bukan putar belit, tetapi dari sudut mana atau pihak mana berita itu dikeluarkan.
Ingat, ahli politik kadang2 mengambil masa berhari2 untuk kononnya membetulkan dakwaan yg media tersalah quote atau tersalah tafsir, sedangkan mereka sebenarnya mencari idea bagaimana untuk memutar belitkan kembali berita yang dah disiarkan.
berita Politik adalah bergantung kepada, siapa yg melaporkan, kerana berita adalah berita, tetapi jika berita itu adalah subjektif, jadilah pelbagai tafsiran yg keluar.
Berbeza dgn berita spt kemalangan, jika kemalangan membabitkan kereta dgn lori, ia tdk boleh diputarkan menjadi kereta dan kapal selam contohnya.
Tidak dinafikan, ada juga yg lain cakap, lain keluar, tetapi ia adalah subjektif bergantung kepada, siapa kah nyg melaporkannya. Sebab itulah, wartawan dimestikan menyimpan buku nota dan atau pita rakaman suara/gambar yg diambil jika berbangkit sesuatu satu hari kelak.
hazrey – bro, jgn puji lebih sgt. gua ni pun jarang dipuji pun!!! anyway, point2 dlm entry tu, adalah kelaziman dan bukan direka2 ikut sedap taip…!!!
Nak fax? alamak, nanti ada yg komplen pulak , sebab tak cukup byk fakta2 tu…!!!
zeq-zeq – belajar dan praktikal biasanya dah jadi lain. pokok pangkal, peranan mereka dalam penulisan. Gosip pula, jika untuk dilihat sudut realiti, kebanyakannya 93 percent adalah betul dan terbukti benar sehingga beberapa bulan kemudian…!!!
saya secara peribadi, tidak gemar kepada perkara2 yg berbentuk spekulasi, andaian, dengar-cakap atau melaga2kan. sebab itu, blog ini dikhususkan dgn berita yg dilampirkan dgn foto2 yg menguatkan lagi jalan berita yg dipaparkan.
Tima kacih bro hazrey & tuan blogger.
Kalau org awam ada maklumat penting tentang sesuatu rahsia atau cerita boleh ke dia jual cerita tu.
Kalau kat negara barat depa panggil cerita sensasi akhbar tabloid. Tak tau la kat Malaysia ada ke akhbar nak beli cerita.
Kesot Kesot
Memang ada yang beli cerita, tetapi itu adalah rahsia syarikat media tersebut.
Jika berita atau cerita (cerita tanpa bukti seperti foto atau video, biasanya tidak akan diambil kira)itu terlalu istimewa, gempar, menakjubkan, gempak habis, pelik amat2, dan yg seumpamanya, memang ia boleh dijual. harganya, adalah subjektif, bergantung kepada nilai berita dan sejauh mana memberi impak.
Biasanya, deal itu tetap menjadi rahsia antara penjual berita dan pembeli berita, dan hanya kedua-dua pihak yang mengetahui setelah bersetuju.
29. Pernahkah anda terfikir apakah ayat paling popular di kalangan wartawan setelah selesai sesuatu majlis, pc atau kenyataan?
"Apa intro kau?…"
mmg nieh yg popular…