Voicemail Anda Boleh Digodam

Posting kali ini banyak yang memaparkan mengenai telefon bimbit.

Posting ini juga adalah lanjutan dari artikel ‘delivery report’ yang ada kaitan dengan voicemail

Pernahkah anda terfikirkan, bahawa voicemail juga kadang-kadang boleh memerangkap kita jika kita sebenarnya memang ada melakukan kesalahan…!!! Contoh paling senang, anda curang ke….

Ini khusus untuk pengguna talian Maxis.

Tahukah anda , bahawa voicemail anda boleh digodam/diceroboh dengan hanya menekan satu butang…

Sebelum itu, ingin saya jelaskan, artikel ini bukan berniat untuk mengajar sesiapa menceroboh, tetapi lebih kepada peringatan kepada anda supaya lebih berhati-hati terutama membabitkan katalaluan/password.

Kebanyakn kita memandang remeh mengenainya – asalkan senang diingat, masalah selesai…

Tetapi, inigin juga saya jelaskan, teknik yang saya utarakan ini, kebarangkalian untuk berjaya menembusi ‘voicemail’ adalah bergantung kepada kecekapan anda meneka katalaluan.

Kata laluan untuk voicemail hanya 4 digit dan yang paling popular ialah 1234.

Dan kebanyakan perkara, ‘default’ pasword biasanya telah disetkan kepada nombor 1234.

Sebenarnya, saya rasa, ramai dari anda dah mengetahui mengenai cara ini, tetapi lagi ramai yang tidak mengetahuinya…!!!

Baiklah, mari kita mulakan ujikaji ini.

1. Anda menelefon pasangan anda. Malangnya, mesin yang menjawab.

“Panggilan anda…bla..bla.. atau Your call..bla..bla…”

2. Samada dia bergayut, atau hp off atau takde line.

3. Masa inilah anda jalankan operasi sulit/atau mungkin orang lain sebenarnya sedang beroperasi keatas voicemail anda!!!

4. Sebaik anda mendengar jawapan : “Panggilan anda…” atau “Your call…”, segera tekan butang 9 pada telefon bimbit anda.

5. Arahan meminta anda memasukkan kata laluan.

6. Masukkan 1234

7. Biasanya, jarang orang mempedulikan katalaluan dan membiarkan 1234 sebagai pasword, kerana jarang juga yang mempedulikan voicemail mereka untuk disemak atau dipadamkan.

8. Jika berjaya, anda terus dibawa kepada menu samada terdapat voicemail baru atau tiada.

9. Jika ada, anda diberi pilihan samada untuk mendengar, mengulang, memadamnya.

10.Jika ada voicemail baru, anda akan dimaklumkan ada berapa voicemail yang masih belum didengar, atau ada voicemail yang telah didengar dan disimpan di dalam memori.

11. Dengar voicemail itu – jika “bernasib baik”, dapatlah anda mendengar suara-suara janggal yang tidak pernah anda terfikirkan…!!! Biasanya voicemail adalah meseg ringkas seperti luahan perasaan atau temujanji.

12. Anda boleh dapatkan maklumat pemanggil seperti nombor telefon pemangil dan masa voicemail dirakamkan dengan mengikut beberapa arahan.

13. Sebagai “kenangan”, anda boleh rakamkan ‘voicemail’ itu di dalam telefon bimbit anda. (Bergantung kepada model telefon bimbit)

14. Anda juga kadang-kadang akan mendengar mesej yang bukan berbentuk suara kerana kadang-kadang ia dirakamkan ketika pemanggil lambat tekan ‘end’ pada telfon bimbitnya jika hp anda masuk voicemail.

15. Ia juga boleh didengar dan mendapatkan maklumat seperti nombor pemanggil dan waktu panggilan.

16. Paling penting, setelah anda dengar mesej-mesej itu, segera padamkan. Ini kerana pemilik hp mungkin akan terkejut apabila dia memeriksa voicemail, tiba-tiba voicemail yang belum didengarnya, dikategorikan sebagai telah didengar…

17. Jika katalaluan salah, anda diberi dua lagi peluang untuk memasukkan katalaluan lain sebelum ditamatkan panggilan. Anda boleh mencuba lagi dan lagi sehingga 9999 kombinasi, bergantung berapa banyak baki kredit dalam hp anda…!!!

Saya bukan meminta anda melakukan perkara ini kerana nanti boleh didakwa mengganggu privacy, tetapi, ia sebagai peringatan, itulah yang boleh orang lain lakukan kepada telefon bimbit anda.

Ingat, ubah katalaluan sekerap yang boleh, atau batalkan sahaja perkhidmatan voicemail itu kerana kita sebenarnya jarang menggunakannya.

Cukup untuk kali ini.

Ingat, artikel ini sebenarnya bukan berniat untuk mengajar anda menceroboh, tetapi sebagai peringatan, voicemail anda sebenarnya boleh diceroboh…

Siri berikutnya, akan saya bagikan tips paling mudah untuk menjadikan nombor anda sebagai ‘private number’ di skrin penerima panggilan…

Post Lain Yang Berkaitan

6 Comments

  • Pada 2009.03.06 01:21, usain bolt menulis:

    bro..
    lu memang amat rajin dan punya banyak masa untuk mengkaji perkara ini..

    • Pada 2009.03.06 07:32, al amin ahmad menulis:

      cecara nak godam kredit orang lain ada tak? akakakkekekakakkeke

      • Pada 2009.03.08 03:45, on the scene menulis:

        usain- semua tu da dlm kepala bro. dlm 10 minit taip, siap…!!!

        al amin – tu bahaya tu, tak boleh siar kat sini..!!!

        • Pada 2009.03.09 04:33, cHaDacHaDa menulis:

          pengguna maxis (yang curang) mesti akan bertukar talian selepas baca artikel ni.HAHAHAHA.

          p.s ada tak tips utk lain telco?wahhh!tetap ni nak mintak!HAHAHAHA.

          • Pada 2009.03.10 00:57, on the scene menulis:

            chadachada – perkataan “(yang curang)” tu yg mahal tu…
            tips telco lain?..ada, nanti jika ada kesempata saya posting…

            • Pada 2009.03.24 04:21, Desert Rose menulis:

              Bro…

              I dah wat ‘keje’ gelap ni lbh kurang 7tahun yg lalu ketika berbofrenkan seekor buaya…wahahha . Imagine la d look on his face when I know so much. I told him I bela hantu raya…and I think dia percaya wahaha bongok

              You must be logged in to post a comment.